Connect with us

Oh! Media

Kali Pertama Membeli Kediaman Sendiri? Ikuti 8 Tip Mudah Ini Sebelum Membuat Pembelian

Pertama

Oh! Lifestyle

Kali Pertama Membeli Kediaman Sendiri? Ikuti 8 Tip Mudah Ini Sebelum Membuat Pembelian

Kali pertama nak beli kediaman sendiri, tapi buntu dengan prosesnya?

ADVERTISEMENT

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil tahu agar prosesnya berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, pemilik juga perlu membuat kira-kira supaya pembelian rumah itu tidak menjadi beban sehingga mereka menyesali keputusan yang dibuat.

Berikut adalah perkongsian dari Nabil Zakaria, mengenai cara atau tip untuk membeli rumah pertama korang.

8 tip rumah pertama

  • Buat simpanan

Ini mesti ada, tak kisah sama ada mahu simpan 10 peratus atau 30 peratus gaji, janji ada simpanan. Walaupun nanti pinjaman lulus 100 peratus, wang tunai masih perlu untuk bayar legal fee, MLTT, pendaftaran air, elektrik dan deposit.

  • Buat anggaran kasar jumlah bayaran bulanan

Contoh teres RM250,000.

250,000/200

= RM1,250 sebulan.

  • Kira DSR (Debt Service Ratio). Katakan gaji RM4,500 dan bank ambil 60 peratus

RM4,500 X 60 peratus

= RM2,700

Tolak pinjaman yang ada rekod CRISS. Hutang kawan tak kira. Dan tolak sekali kos sara hidup RM1,000.

– Kereta (RM500)

– Sara hidup (RM1,000)

2,700 – 500 – 1,000

= RM1,200 (Anggaran kemampuan rumah yang boleh dibeli berharga RM200,000)

  • Buat latihan dahulu sebelum buat loan

Dah tahu anggaran bayaran bulanan RM1,200, jadi kena mula buat latihan. Wajib simpan dalam Tabung Haji setiap bulan RM1,200 selama setahun tanpa skip. Kalau ada bulan yang skip, bermakna kewangan ada masalah. Jangan masuk lagi loan, setahun pun gagal, inikan pula hutang rumah 35 tahun.

  • Tak hina pun menyewa

Sewa rumah, duit lebihan boleh simpan. Cuba cari duit tepi untuk tambah simpanan. Boleh mula berniaga, buat part time.

  • Kurangkan hutang

Untuk meningkatkan kadar DSR, ikat dulu nafsu berbelanja. Kalau dah nafsu macam naga gunung, tukar duit kepada gold bar atau dinar. Ingat ya, gold bar, bukan emas hiasan.

  • Boleh beli rumah dari ejen REN (Real Estate Negotiator) yang ada

Nanti mereka bantu untuk view rumah, cari banker, cari lawyerdeal dengan owner lama. Ada yang berkira, tak mahu beli dari REN, katanya nanti mereka dapat komisyen. Tak perlu fikir macam tu, kita gembirakan hati orang, pasti kita pun akan dapat kebaikan.

  • Banyak berdoa agar Allah bantu permudah urusan kita

Niat beli rumah untuk menyediakan kelengkapan terbaik demi keluarga, InsyaAllah, akan ada jalan yang dibuka.

Kredit: Facebook Nabil Zakaria

+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7294928977968368898?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • Pertama
  • Pertama

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas