Connect with us

Oh! Media

Kafe Teh Pop Up Cermin Pertama Di Malaysia, Jom Join 5 Aktiviti Weekend Ini

Branded

Kafe Teh Pop Up Cermin Pertama Di Malaysia, Jom Join 5 Aktiviti Weekend Ini

Kalau sebelum ini banyak kafe yang memfokuskan kepada kopi, kali ini istimewa untuk penggemar teh buah-buahan pula. Untuk pertama kali di Malaysia, akan ada kafe teh pop up berkonsep cermin terletak di Gamuda Gardens!

Pertama dan hanya satu di Malaysia

Bayangkan keseluruhan dinding kafe teh ini dibina menggunakan cermin di tengah-tengah taman yang dihiasi lampu berbentuk dandelion, saling tak tumpah macam kisah dongeng. Tapi kali ini versi realiti yang tak patut dibiarkan berlalu, rugi kalau tak ke sana nanti.

Ilusi dinding cermin kafe teh ini memberikan suasana lebih luas, unik dan tersendiri, jarang didapati di tempat lain. Seluruh persekitaran dipantulkan pada dinding cermin, dari keseluruhan taman, dekorasi sehinggalah pengunjung. Boleh la ambil peluang untuk berselfie nanti! Hiasan kafe teh ini terhad hanya dari 10 September hingga 2 Oktober 2022, jangan lupa ya!

Untuk julung-julung kalinya, bunga dandelion akan tumbuh secara ‘besar-besaran’ di Gamuda Gardens. Apa yang tambah menarik dandelion ini didatangkan dengan saiz besar dan berlampu. Sesuai untuk bergambar kenang-kenangan bersama yang seisi keluarga atau tersayang.

Cipta teh buah ikut kesukaan anda

Cuba sendiri untuk menguji tahap kreativiti mencipta teh buah mengikut citarasa masing-masing. Jenama minuman Pintea memberikan pengalaman pertama untuk pesan teh buah korang ikut kesukaan anda.

Jualan berlangsung dari 12 petang hingga 8 malam pada setiap hujung minggu. Nak dapatkan beg pemegang cawan minuman atau upgred percuma? Jangan lupa untuk mendaftar di kaunter sebelum membuat pesanan

Selain tarikan di atas, ada 5 lagi aktiviti yang berlangsung di Gamuda Gardens untuk dilakukan pada hujung minggu ini bersama keluarga atau kawan-kawan. Jom sertai beramai-ramai!

Ambil gambar, boleh dapat hadiah!

Siapa tak nak hadiah kan? Senang pula tu nak join. Cuma perlu ambil gambar di padang dandelion. Kemudian poskan di Facebook atau Instagram dengan hashtag #GamudaGardens, #Valeria #PinteaMalaysia #GamudaLand. Jangan lupa setkan pada tetapan umum.

Pupa workshop

Tarikh: 10 & 11 September 2022

Pemberian belon percuma

Tarikh: Setiap hujung minggu. (Sementara stok masih ada.)

Instaprint

Tarikh: Setiap hujung minggu

Trak makanan

Tarikh: Setiap hujung minggu dari 12 tengah hari hingga 8 malam

Masih tercari-cari lokasi kediaman paling ideal untuk tinggal bersama keluarga? Apa tunggu lagi, miliki kediaman idaman di Gamuda Gardens yang terletak di Lembah Klang Utara. Projek ini dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, Guthrie dan LATAR. Perumahan ini menggabungkan elemen gaya hidup dan alam semula jadi.

Terdapat beberapa jenis projek yang sedang dibina dan sudah disiapkan iaitu Village Homes, Lakeside Homes, Illaria Hillside Homes, GAIA Residences, Monarc dan Valeria Garden Homes. Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri, dibina di kawasan berkeluasan 810 ekar.

Selain itu, pemaju turut membangunkan Central Park yang mesra haiwan peliharaan. Nak bersantai dan meluangkan masa dengan keluarga? Apa kata ke taman tema Xploria Gamuda Gardens yang ada bermacam tarikan dan aktiviti menarik untuk diteroka.

Yang terbaru, Valeria Garden Homes akan menjadi sebahagian dari Gamuda Gardens. Ada 3 jenis kediaman untuk dipilih berdasarkan keperluan dan keselesaan masing-masing.

Jenis A
4 bilik tidur, 4 bilik air
Dari 2353 kaki persegi ke 2406 kaki persegi

Jenis B
4+1 bilik tidur, 5 bilik air
Dari 2618 kaki persegi ke 2665 kaki persegi

Jenis C
4+1 bilik tidur, 5 bilik air
Dari 3189 kaki persegi ke 3492 kaki persegi

Valeria Garden Homes adalah kediaman yang dikelilingi keindahan alam flora dan landskap pepohon tropika. Seharian bekerja, dapat pula pulang ke kediaman yang moden namun masih dekat dengan alam, tentunya nikmat yang tidak boleh disangkal lagi.

Segala kemudahan seperti Hub Komersial, sekolah dan kawasan rekreasi juga terletak di kawasan berhampiran.

Daftar sekarang untuk tidak ketinggalan update terkini DI SINI.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas