Connect with us

Oh! Media

Elak Pemanasan Global, Gamuda Cove Anjur Program Kelestarian Bandar Rendah Karbon

Gamuda Cove

Branded

Elak Pemanasan Global, Gamuda Cove Anjur Program Kelestarian Bandar Rendah Karbon

Korang pernah dengar tak tentang bandar rendah karbon? Ia merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kesan rumah hijau serta mengelakkan daripada berlakunya pemanasan global secara berleluasa. Wow, bagusnya! 

Untuk pengetahuan, Gamuda Cove mengambil peluang untuk menjadi bandar rendah karbon 5 berlian yang pertama di Malaysia tau! 

Haa, kalau korang nak tahu, bandar rendah karbon ini akan menganjurkan expo Sustainable Low Carbon City dan paling best, korang berpeluang untuk menangi hadiah istimewa iaitu iPhone 14. Biar betul?!

Didik Masyarakat Tentang Kepentingan Bandar Rendah Karbon

Untuk pengetahuan, Expo Sustainability Low Carbon City pada 29 hingga 30 Oktober ini akan diadakan di Gamuda Cove Experience Gallery. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir seperti Low Carbon City aktiviti, Sustainable aktiviti dan beberapa workshop serta contest yang mana korang boleh menang banyak hadiah menarik! 

Paling penting, korang berpeluang untuk dapatkan baucar Touch ‘n Go secara PERCUMA di kaunter pendaftaran tau! Siapa cepat, dia dapat! 

Aktiviti Customer Engagement

Kalau korang datang ke expo ini, korang berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa dan salah satunya adalah iPhone 14 hanya dengan hanya menyertai peraduan berbasikal tau. Seriuslah?!

Haa, tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan mengurangkan pelepasan karbon menerusi aktiviti berbasikal serta perbezaan jumlah karbon yang dilepaskan antara berbasikal dan memandu. 

Bila dah buat praktikal barulah kita jadi lebih peka!

Peraduan ini akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad (29 dan 30 Oktober) dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan pemenang akan diumumkan pada hari yang sama, pada jam 6 petang. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menang hadiah menarik. Mana tau korang yang bakal menang iPhone 14?

Terdapat juga aktiviti Smart Expo yang mana beberapa pembekal mempamerkan serta menjual barangan untuk rumah pintar seperti smart lock, Google home, elektronik pintar kawalan rumah dan banyak lagi. Siap ada baucar PERCUMA di meja pendaftaran tau! 

Aktiviti Low Carbon City

Untuk aktiviti yang dianjurkan di bawah Low Carbon City pula, korang dapat pelajari lebih mendalam tentang apakah antara inisiatif yang akan dilakukan oleh Gamuda Cove dalam mencapai matlamat membina bandar rendah karbon 5 berlian yang pertama di Malaysia. 

Lebih menarik terdapat booth Rainwater Harvesting(Splashmania) yang mana korang berpeluang untuk mencuba sendiri proses penuaian air hujan serta mempelajari kepentingan proses ini terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus(ESG). Bestnya!

Terdapat juga aktiviti daripada booth Energreen yang mana korang dapat memahami tentang kepentingan bekalan kuasa EV Solar dan solar lampu jalan. 

Terdapat juga booth Solar Car Port yang mana korang berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan menggunakan tenaga solar di tempat letak kenderaan. 

Bukan itu saja, ada banyak lagi aktiviti di bawah Low Carbon City seperti Public Bank Green Financing, TNB dan E-Antique Tram. Haa, kalau korang nak tahu, korang wajib datang ke expo ini tau! 

Aktiviti Sustainable

Bagi segmen terakhir di Expo Sustainability Low Carbon City adalah Sustainable (Kelestraian) yang mana aktiviti di sini memfokuskan untuk memupuk semangat cintakan alam. 

Kalau korang suka bercucuk tanam, korang wajib singgah ke booth Gamuda Parks sebab dekat sini korang bukan saja dapat menanam dan menjaga pokok, malah korang boleh mengetahui lebih lanjut tentang teknik penanaman Miyawaki dan cara penjagaannya. Mak-mak confirm suka!

Aktiviti lain yang kami rasa bermanfaat untuk korang ialah cara membezakan bahan kitar semula serta cara yang betul untuk mengitar semula di booth Energy Interactive dan mengubah barangan lama atau yang telah rosak kepada yang baru di booth Upcycling Workshop. 

Lagi best, ada peraduan lagi tau! Kalau korang singgah ke booth Coffee Ground Painting, korang berpeluang untuk menangi hadiah menarik dengan melukis mengikut kreativiti menggunakan serbuk kopi.

Sayangi Bumi Dengan Gamuda Cove

Haa, banyakkan inisiatif daripada Gamuda Cove dalam membentuk masyarakat untuk jadi lebih peka tentang perubahan iklim serta kepentingan bandar rendah karbon bagi memulihara alam sekitar?

Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan ke expo Sustainability Low Carbon City pada 29 hingga 30 Oktober ini di Gamuda Cove Experience Gallery.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi di Gamuda Cove atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas