Connect with us

Oh! Media

Beriadah Bersama Keluarga Di Gamuda Cove, Siap Boleh Pegang Alpaca. Bestnya!

Branded

Beriadah Bersama Keluarga Di Gamuda Cove, Siap Boleh Pegang Alpaca. Bestnya!

“Masa paling berharga adalah bersama keluarga” 

Hujung minggu adalah waktu yang paling ditunggu oleh semua. Nak tahu sebab apa? 

Ia adalah masa untuk berehat, basuh baju, kemas rumah, beli barang dapur serta spend time with family. 

Tapi bila tiba harinya, satu benda pun tak buat. Alasan sebab tak tahu nak buat apa. Korang pernah tak jadi macam ini? 

Jangan risau, kalini kami nak kongsi  aktiviti menyeronokkan yang korang dan anak-anak boleh lakukan. Syok tu!! 

Petting Zoo Event: Berinteraksi Secara Dekat Dengan Haiwan Peliharaan

Korang tahu tak yang Gamuda Cove ada buat Petting Zoo Event? Lebih daripada 20+ jenis haiwan peliharaan yang ada di sana.  

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Boleh berinteraksi secara dekat dengan haiwan peliharaan yang korang suka. Nak tangkap gambar? Bagi makan? Semuanya boleh di Petting Zoo Event. 

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Dari guinea pig yang comel, landak, gerbil yang memikat, Cavy the Wonderpet yang memukau, degu (mini chinchilla) serta kura-kura. Korang berpeluang berinteraksi dengan pelbagai haiwan di sana. 

Bagi peminat reptilia, terdapat gecko, ular, iguana, sudan plated lizard, water dragon dan lain-lain yang boleh dilihat dan belai. 

Haiwan ternakan pun ada di Petting Zoo Event tau. 

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Selain itu, di Petting Zoo Event korang berpeluang melihat alpaca.  Alpaca yang comel ini, confirm curi perhatian korang nanti. 

Haiwan ni terkenal sebab mempunyai  bulu yang lembut serta personaliti yang menarik. Bolehlah korang berinteraksi dengan lebih dekat. Pergh, best tu! 

Jadi make sure korang tak terlepas peluang ni tau sebab bukan senang nak tengok haiwan ni! Confirm jadi moment yang indah buat anak-anak.

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Bukan itu saja ada juga ladang arnab di Petting Zoo Event ni. Di mana korang boleh belajar tentang penjagaan dan pemeliharaan arnab. Bagaimana nak faham tingkah laku, diet, serta keperluan arnab ni. 

Kalau korang ada sebarang soalan mengenai haiwan yang ada di sana, jangan malu untuk bertanya sebab pihak penganjur bersedia untuk menjawabnya. 

Mereka akan menerangkan serta berkongsi maklumat menarik tentang spesies, habitat, tingkah laku serta ciri-ciri unik bagi setiap haiwan. Jadi korang bukan setakat melihat saja, malah korang turut belajar dengan lebih mendalam tentang haiwan peliharaan ini. 

Preview Khas Projek Mori Pines

Bukan setakat  dapat menjelajah dunia haiwan peliharaan tapi korang juga berpeluang melihat projek perumahan Gamuda Cove iaitu Mori Pines. Wow! 

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Projek ini menawarkan rumah teres dua tingkat dan kluster semi-d yang berinspirasi dari Scandinavia, direka untuk keselesaan serta menikmati keindahan alam.

Dengan pelbagai saiz dan lot, Mori Pines menyediakan tempat tinggal yang sempurna untuk keluarga dari pelbagai generasi yang mencari persekitaran harmoni.

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Konsep biophilic yang memastikan penduduk berada dalam persekitaran harmoni dengan alam antara tarikan utama bagi Mori Pines.

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Kawasan perumahan yang berdekatan dengan 60 ekar Central Park serta mempunyai landasan basikal, menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat penduduk.

Gamuda, Gamuda Cove, Alpaca, riadah, keluarga, rumah, Mori Pines

Dari segi keselamatan pula, kawasan kediaman ini dijaga rapi oleh pengawal keselamatan serta diletakkan RFID bagi penghalang pintu masuk kawasan. Canggih kan? 

Acara Petting Zoo ni akan berlangsung selama 2 hari, pada tarikh 26 & 27 Ogos 2023 (Sabtu & Ahad), bertempat di Gamuda Cove Experience Gallery, bermula dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Jadi tunggu apa lagi, daftarkan diri korang sekarang. Nak mudah klik SINI
Untuk maklumat lanjut berkaitan Petting Zoo Event dan Mori Pines, layari laman sosial rasmi Gamuda Cove di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas