Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Buat Santapan Waktu Berbuka, Ini Resipi Membuat Agar-Agar Cendol

Resepi agar-agara cendol buat santapan waktu berbuka

Oh! Lifestyle

#JUADAH Buat Santapan Waktu Berbuka, Ini Resipi Membuat Agar-Agar Cendol

Macam mana dengan puasa korang? Okay ke tu? Diharapkan agar okay-okay sahajalah yaa. Sedar tak sedar, dah tujuh hari kita berpuasa. Sudah pasti pelbagai jenis juadah yang telah anda cuba sewaktu berbuka puasa kan?

ADVERTISEMENT

BACA: #JUADAH Resipi Air Lemon Soda Mixed Fruits Herbs, Confirm Segar Untuk Berbuka Puasa!

Jadi pada edisi #JUADAH hari ini, kami ingin berkongsi resepi membuat agar-agar cendol yang sangat enak lebih-lebih lagi dimakan secara sejuk. Jadi, mari kita saksikan cara pembuatannya.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk lapisan gula melaka:
    • 1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
    • 800 ml air
    • 150 gram gula melaka
    • 1/4 cawan gula merah
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 250 ml santan
    • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan-bahan untuk lapisan santan:
    • 1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
    • 800 ml air
    • 1/2 cawan gula pasir
    • 2 1/2 sudu teh garam
    • 250 ml santan
    • 1 pek cendol, tapis airnya

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan gula melaka:
    1. Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar bersama gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut.
    2. Perlahankan api dan masukkan santan bersama garam. Kacau dengan kerap sehingga mendidih. Tapis dan tuang ke dalam acuan. Sejukkan sehingga beku.
  2. Cara-cara untuk lapisan santan:
    1. Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar sehingga larut.
    2. Masukkan santan, cendol dan garam. Kacau sehingga mendidih di atas api perlahan.
    3. Tuangkan di atas lapisan gula melaka yang sudah dicakar dengan garfu supaya dua lapisan bercantum dengan sempurna.

Haa mudah saja kan? Bolehlah korang cuba buat untuk makan waktu berbuka nanti. Pasti agar-agar cendol yang dimakan sejuk-sejuk ini dapat menyegarkan tekak setelah seharian berpuasa.

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas