Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Resipi Air Lemon Soda Mixed Fruits Herbs, Confirm Segar Untuk Berbuka Puasa!

air soda lemon

Oh! Lifestyle

#JUADAH Resipi Air Lemon Soda Mixed Fruits Herbs, Confirm Segar Untuk Berbuka Puasa!

Korang dah list kan ke menu air untuk berbuka puasa bagi tahun ni? Haa hari ini Oh! Media nak kongsikan resipi special, iaitu air lemon soda mixed fruits herbs! Memang sedap dan menyegarkan untuk berbuka puasa.

ADVERTISEMENT

Beberapa hari je lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan, mesti semua excited, kan? Dah dua tahun kita berpuasa dan beraya tanpa keluarga di sisi, jadi tahun ni mood nak puasa tu extra sikit!

Kepada mereka yang berpuasa di kampung halaman tu, korang boleh la cuba buat resipi air yang dikongsikan oleh Ben Safwan untuk berbuka nanti! Mesti semua puji kesedapan air ni nanti!

Nak buat air ni senang sangat, jom kita cuba!

air lemon soda

Bahan-bahan

Bahan-bahan yang korang perlukan untuk buat air ini adalah:

  • 6-8 biji kurma merah
  • 1 sudu makan selasih
  • 1 biji lemon besar
  • 1 batang serai kecil diketuk, kalau tak ada, boleh ganti dengan daun pudina, sedap juga!
  • 1/2 tin air laici dan laici tin
  • 1/2 tin air nenas dan potongan nenas tin
  • 500 ml air soda
  • 500 ml air sprite

Cara-cara

Okay pertama sekali, korang kena rendamkan kurma merah dan biji selasih 2 jam awal sebelum nak buat air. Dah rendam, toskan dan potong kurma merah secara halus memanjang.

Selepas itu, hiriskan lemon dan buang biji untuk mengelakkan air korang jadi pahit. Tekan-tekan isi lemon untuk keluarkan jus.

Masukkan ke dalam bekas air bersama hirisan kurma merah, selasih, serai, buah-buah dalam tin, air soda dan sprite.

Tambahkan ais, korang ketuk bagi kecil ais tu untuk buatkan rasa air bertambah sedap dan siap!

Okay lepas dah siap, kalau korang dah hidangkan air ni lebih dari satu jam, korang kena keluarkan serai atau pudina untuk elakkan dua bahan ni memanipulasi rasa air tu.

Boleh juga kalau nak tambah asam boi atau hirisan kurma, isi buah oren dalam air ni ikut citarasa masing-masing. Kita buat dia, jadi semua yang korang nak, boleh je letak!

Lagi satu tips, kalau korang jenis tak minum air soda, tambahkan 2 biji lemon tapi kena perah untuk dapatkan jus dia dan kena tambah sikit gula untuk balance kan rasa air.

air lemon soda

Senang je kan? Jangan lupa untuk simpan resipi air ni dan buat untuk berbuka puasa nanti. Kalau kita sediakan makanan atau minuman untuk orang berbuka, besar pahalanya tau! Jom kita rebut pahala untuk bulan Ramadhan nanti okay! Selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas