Connect with us

Oh! Media

Jangan Hairan! Gaji Pencuci Pinggan Malaysia Cecah RM34,750 Dan Ke-4 Tertinggi Di Dunia

Pencuci pinggan ohmedia

Oh! Lifestyle

Jangan Hairan! Gaji Pencuci Pinggan Malaysia Cecah RM34,750 Dan Ke-4 Tertinggi Di Dunia

Siapa pernah kerja cuci pinggan dekat kedai makan? Siapa yang pernah mesti tahu betapa mencabarnya kerja cuci pinggan ni, lagi-lagi bila kedai kena serbu pelanggan, kah! Kita perlu pastikan kebersihan pada barang yang dibasuh dengan teliti. Tak mahulah nanti pelanggan tengok ada kesan kotor, terutamanya pada alatan sudu dan garpu.

Apapun, Ohmedia tertarik dengan laporan kajian antarabangsa yang meletakkan Malaysia sebagai negara ke-4 dengan gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia iaitu, RM34,750 setahun.

Dalam laporan itu, mereka mendakwa sebuah restoran China yang beroperasi di Malaysia memberikan gaji sebanyak RM3,000 sebulan.

IKLAN

Tempat pertama pula menjadi milik negara Kanada dengan tawaran gaji sebanyak RM109 sejam. Ini bermakna, mereka boleh memperoleh sebanyak RM218,000 setahun.

Negara jiran kita, Singapura pula berada di tempat kedua dengan gaji sekitar SG$3,500 atau RM11,000 sebulan. Jumlah ini ditawarkan berikutan tiada orang yang berminat untuk melakukan kerja tersebut.

Tempat ketiga milik Amerika Syarikat dengan purata gaji pencuci pinggan sebanyak USD$25,409 atau RM107,000 setahun.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas