Connect with us

Oh! Media

Ini Tip Untuk Kekal Cergas Ketika Cuaca Panas

strok haba

Oh! Lifestyle

Ini Tip Untuk Kekal Cergas Ketika Cuaca Panas

Cuaca panas pada ketika ini tidak menentu sehingga menyebabkan masalah kesihatan seperti strok haba. Jadi, pakar kesihatan telah mencadangkan beberapa cara untuk kekal cerdas walaupun berada dalam cuaca yang panas.

ADVERTISEMENT

Pakar Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, cara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan aktiviti luar.

Saya menyarankan kepada orang ramai yang mahu beraya atau ke mana sahaja untuk berada di dalam rumah atau bangunan bagi mengelakkan tubuh kekurangan air.

Apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kurang air sehingga berisiko menghidap masalah strok haba.

Menurut Haliza, langkah ini perlu diambil bersama-sama dengan pengambilan air minuman yang mencukupi iaitu 2.5 liter atau enam gelas sehari.

Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengakibatkan kekejangan dan keletihan yang boleh menyumbang kepada strok haba.

Keadaan itu boleh menyebabkan seseorang pengsan sehingga berisiko berhadapan dengan kematian.

Tambahan, Haliza juga menasihatkan orang ramai untuk berada di kawasan yang terlindung daripada gelombang ini dan memastikan mempunyai pengudaraan yang baik.

Malah, aspek pemakanan juga penting untuk mengekalkan kecerdasan badan dan elak berasa lesu. Orang ramai disyorkan untuk makan makanan seperti sup, buah-buahan yang berair seperti tembikai atau betik.

BACA: Elak Strok Haba, Pakar Kesihatan Minta Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta

Kredi: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas