Connect with us
ibu

Oh! Lifestyle

Ini Adalah ‘Checklist’ Barangan Penting Untuk Bakal Ibu Bawa Ke Hospital

Bagi kaum wanita yang bakal menjadi ibu, sudah semestinya mula membeli barangan keperluan bayi ketika usia kandungan berada di trimester pertama secara beransur-ansur.

Malah, ada juga yang mula membeli ketika usia kandungan sudah melepasi trimester kedua.

IKLAN

Dalam pada itu, persiapan awal boleh dibuat dalam menyiapkan beg untuk dibawa ke hospital supaya tidak kelam kabut di kemudian hari.

Kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips atau checklist barangan yang perlu dibawa oleh bakal ibu ke hospital sebelum bersalin.

Antara barangan penting ibu untuk dibawa ke hospital adalah:

1) Barangan Ibu

  • Buku pink
  • Kad pengenalan
  • Telefon bimbit
  • Tuala wanita (maternity pad)
  • Tuala mandi
  • Kain batik
  • Baju berbutang untuk memudahkan menyusu bayi
  • Baju sejuk
  • Stoking
  • Selipar
  • Tudung sarung
  • Seluar dalam dan baju dalam
  • Barangan toiletries
  • Minyak panas

ibu

Bukan itu sahaja, bakal ibu juga boleh menyediakan pakaian bayi dengan mengikut hari untuk memudahkan urusan sewaktu selesai mandikan bayi.

2) Barangan bayi

  • Baju berbutang seeloknya tiga helai
  • Mitten dan booties
  • Kain lampin
  • Selimut kecil
  • Barut
  • Diapers empat keping
  • Tisu basah (wet wipes)
  • Tuala kecil
  • Barangan mandi
  • Minyak telon

ibu

Kepada mereka yang bakal menjadi ibu, anda hanya perlu bawa keperluan asas dan perkara penting sahaja ke hospital.

Jika barangan yang dibawa tidak cukup boleh minta suami atau ahli keluarga yang datang melawat untuk bawakan kemudian.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • ibu
  • ibu

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas