Connect with us

Oh! Media

Bimbang Warna Seluar Jeans Anda Luntur? Ini 5 Tip Penjagaan Seluar Jeans Yang Anda Perlu Tahu

Oh! Lifestyle

Bimbang Warna Seluar Jeans Anda Luntur? Ini 5 Tip Penjagaan Seluar Jeans Yang Anda Perlu Tahu

Jeans menjadi pilihan seluar yang kerap dipakai tak kira jantina, baik lelaki atau perempuan kerana seluar jeans begitu selesa dipakai untuk aktiviti santai atau lasak kerana ketahanan serta keselesaan material yang mudah dipadankan dengan pelbagai jenis baju.

ADVERTISEMENT

Namun bagi penggemar seluar ini, mengekalkan kualiti seluar berkenaan menjadi mimpi ngeri bagi mereka lebih-lebih lagi untuk jeans kegemaran mereka. Oleh itu, Ohmedia nak kongsikan kepada anda tip penjagaan seluar jeans yang anda perlu tahu dalam mengekalkan kualiti jeans kegemaran anda.

Tambah garam atau cuka

Sumber gambar dari Amazon

Tip menggunakan garam ketika mencuci pakaian adalah untuk mengelakkan warna seluar jeans berkenaan semakin pudar apabila semakin kerap ia dicuci. Begitu juga dengan cuka. Cuka akan membuatkan warna pada tetap kekal dan tidak kelihatan lusuh.

Suhu air yang betul

Sumber gambar dari The Spruce

Mencuci jeans memerlukan anda menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elakkan dari mencuci dengan air yang terlalu panas, kerana ia akan merosakkan material jeans dan mencuci air terlalu sejuk, kerana ia akan menghalang dari kotoran tertanggal.

Cuci secara berasingan

Sumber gambar dari House Wife How to

Elakkan mencampur cucian seluar jeans dengan pakaian lain dan pastikan ketika seluar berkenaan diterbalikkan, dimana bahagian seluar diletakkan dibahagian dalam serta perah seluar menggunakan tangan. Ini bagi mengekalkan warna dan kualitinya.

Jangan rendam terlalu lama

Sumber gambar dari Hearstapps

Ini tip yang perlu anda titikberatkan. Kerana apabila seluar jeans berkenaan dengan terlalu lama, lebih-lebih lagi dengan sabun pencuci, warna pada seluar berkenaan akan mudah luntur, bertahi lalat dan mereput dengan cepat.

Elakkan guna mesin pengering

Sumber gambar dari WikiHow

Mengeringkan seluar jeans menggunakan mesin pengering pada suhu tinggi akan menyebabkan material jeans mudah rosak. Begitu juga ketika menjemur dbawah matahari. Cara untuk mengering yang disarankan adalah ditempat yang berangin dan tempat yang tidak mempunyai sinaran matahari secara terus.

OHMEDIA: UNTUK MEREKA YANG GEMAR PAKAI JEANS, INI TIP UNTUK JAGA JEANS ANDA LEBIH-LEBIH LAGI JEANS KESAYANGAN ANDA. SEMOGA BERMANFAAT.

Sumber: Maskulin

+Baca respon pembaca tip penjagaan jeans yang perlu anda tahu di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas