Connect with us

Oh! Media

Ini 4 Tabiat Buruk Pemain Bola Sepak

Ohmedia bola sepak

Oh! Lifestyle

Ini 4 Tabiat Buruk Pemain Bola Sepak

Aok tengah down ke tu? Koi tak down, down lah aok sorang-sorang. Malam ni Ohmedia hanya nak kongsi serba sedikit tentang 10 tabiat buruk yang selalu dilakukan pemain bola sepak sampai buat jurulatih diorang pun naik menyampah.

Memetik laporan semuanyabola.com, mereka telah menemuramah beberapa orang jurulatih yang memegang lesen UEFA A hinggalah pemegang lesen A AFC dan mereka telah berkongsi beberapa tabiat buruk pemain yang menyukarkan tugas jurulatih untuk perbetulkan cara permainan mereka.

1. Menyalahkan orang lain bila pasukan kalah

Image 4

Bagi mereka yang pernah bermain bola sepak dalam satu pasukan mesti pernah berhadapan dengan pemain yang perangai macam ni. Pemain yang hanya nampak salah orang lain ini tidak patut bermain bola sepak yang sememangnya memerlukan semangat teamwork antara pasukan.

IKLAN

Ketika berada di atas padang, kita bukan bermain seorang tetapi sama-sama bertanggungjawab memastikan pasukan menang. Kalau kalah, itu salah semua pemain dan perlu sama-sama perbaiki untuk perlawanan seterusnya.

2. Sibuk hal taktikal jurulatih

Image 5

Faham awak tu pemain senior dan ada pengalaman tapi janganlah sampai pertikai taktikal jurulatih yang sudahpun diatur untuk pasukan.

Sebagai pemain, tugas kita sebenarnya hanya perlu fahami, laksana dan jayakan taktikal yang telahpun diatur tidak kira ia bagi individu mahupun pasukan. Bukan bermaksud pemain tak boleh langsung memberikan pendapat dan idea mereka tetapi ada tahapnya.

3. Tak fikir 1-2 hantaran sebelum terima bola

Image 6

Rasanya masalah ni bukan jurulatih jer tertekan tapi kita sebagai penyokong pun stress dibuatnya. Korang perasan tak bila kita main permainan macam FIFA ataupun PES, kita dapat rancang dahulu bola tu nak dihantar kepada siapa dan apa langkah seterusnya. Itulah apa yang sepatutnya pemain lakukan atas padang.

Setiap pemain kena cepat baca hantaran dan pergerakan dari rakan pasukan untuk patikan jaringan dapat dilakukan. Jika pemain tidak berfikir langkah seterusnya, ketika inilah mereka akan jadi gelabah dan banyak lakukan tindakan yang kurang bijak.

4. Datang lewat, balik awal

Image 7

Masalah disiplin ni sebenarnya memang antara perkara yang paling bermasalah dalam mana-mana pasukan dan sudah tentu buatkan jurulatih pening kepala. Berdasarkan perkongsian seorang jurulatih, memaklumkan pemain sepatutnya hadir ke stadium 1 jam sebelum perlawanan. ini bagi memastikan segala taklimat dan taktikal dapat diatur dengan lancar.

Sudahlah datang lewat, balik pula awal, lagilah berbulu dibuatnya. Perbuatan ni sudah cukup membuktikan pemain tidak mempunyai semangat berpasukan.

Kredit: semuanyabola.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas