Connect with us

Oh! Media

Dari Paralimpik Ke Pentas Fesyen, Penampilan Latif Romly Jadi Tumpuan Ramai

Latif

Oh! Lifestyle

Dari Paralimpik Ke Pentas Fesyen, Penampilan Latif Romly Jadi Tumpuan Ramai

Sebelum ini, atlet negara, Abdul Latif Romly pernah menjadi tumpuan ramai oleh kerana kejayaannya memenangi pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

BACA: Rasmi Labuhkan Tirai, Ini 5 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Paralimpik

Selain itu, jaguh lompat jauh itu juga telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang juga teman sejak di bangku sekolah pada 24 Oktober yang lalu.

IKLAN

Perkara itu dimaklumkannya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram selain berharap agar hubungan dirinya bersama kekasih hati kekal hingga akhir hayat.

Latif Romly curi perhatian, jadi model catwalk

Selepas beberapa bulan mencipta kejayaan di Sukan Paralimpik Tokyo, Latif Romly nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Hal itu selepas dirinya menjadi seorang model untuk salah satu jenama di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian daripada pemilik Instagram bernama @neonate.company, atlet itu kelihatan menggayakan puffer jacket sambil berjalan untuk ditonton kepada umum.

Menurut kapsyen hantaran itu, tujuan mereka memilih Latif kerana ingin membuktikan bahawa kejayaan seseorang bukan bergantung kepada trofi semata-mata melainkan cara mereka mengekalkan kejayaannya.

Kami memilih Latif untuk memakai penampilan ini kerana kami ingin membuktikan bahawa perkara paling penting dalam setiap kejayaan bukan sekadar trofi.

Tetapi perjalanan untuk menjadi yang terbaik dan terus mengekalkan kedudukan tanpa mengira sebarang halangan atau rintangan yang melanda.

Latif ucap terima kasih, terharu diberi peluang

Sementara itu, meninjau pada hantaran Latif Romly di Instagram, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat itu kerana memberinya peluang menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.

Langkah pertama saya bersama @neonate.company dan @kamyaglow_hq. Terima kasih kerana memberi peluang dan menjadi sebahagian daripada pasukan.

Netizen ucap syabas, beri kata-kata semangat

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut mengucapkan tahniah kepadanya selain turut terkejut dengan penampilan terbaharu atlet tersebut.

Screenshot 1707
Screenshot 1708

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 12,000 tanda suka serta seramai 116 telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Latif Romly dan neonate.company I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas