Connect with us

Oh! Media

Asam Pedas Ori Melaka ‘Likat’, Simple Tapi Padu!

asam pedas

Oh! Lifestyle

Asam Pedas Ori Melaka ‘Likat’, Simple Tapi Padu!

Kalau cakap pasal asam pedas, mestilah semua orang akan teringat-ingat asam pedas dari negeri Melaka kan? Peh, memang padu beb! Tak sah kalau pergi Melaka tapi tak makan asam pedas!

ADVERTISEMENT

Haa korang yang dari negeri lain tu, pernah tak tertanya-tanya apa sebenarnya resipi yang orang Melaka ni guna? Dah cuba buat banyak kali, tapi masih tak jadi?

Dah, jangan risau! Lepasni kalau korang teringin asam pedas Melaka, dah tak perlu nak pergi Melaka, buat je sendiri dekat rumah.

Resepi ini dikongsikan oleh Fyra Mussa di Facebook Masak Apa Hari Ni! Jom kita tengok!

No photo description available.

Bahan-bahannya

Bahan yang digunakan untuk memasak asam pedas yang padu ni adalah:

  • Kunyit hidup
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Belacan melaka
  • Cili kering

Okay semua bahan-bahan di atas ini korang kena blend sampai halus, untuk dapatkan tekstur kuah yang cantik. Sukatan untuk memasak ni korang boleh agak-agak, ikut kuantiti yang korang nak buat okay!

  • Daun limau ataupun daun kesum, bunga kantan atau serai. Ikut selera masing-masing
  • Air asam jawa
  • Bendi, tomato, terung sebagai hiasan
No photo description available.

Cara-cara

Pertama sekali, korang kena tumis semua bahan-bahan yang dah blend tadi sampai pecah minyak. Ingat, kalau nak masak, kena tumis sehingga garing dan pecah minyak, baru masakan akan jadi sedap!

Semasa menumis, boleh letak minyak lebih sikit supaya cili akan cukup masak dan asam pedas pun nanti cantik je jadinya! Kalau korang nak masukkan serai, boleh masukkan sekali masa ni.

Lepas dah pecah minyak dan cili dah garing, korang boleh masukkan air asam jawa untuk jadikan kuah pekat dan cantik! Air asam jawa tak boleh letak terlalu banyak, agak-agak je okay.

Korang letak sikit-sikit agar tak terlebih dan terkurang. Kalau namanya asam pedas, mestilah kena ada rasa masam kan! Hehe.

Okay lepas dah letak asam jawa tadi, biarkan kuah mendidih dan barulah boleh masukkan ikan. Step ni korang boleh masukkan daun kesum, bunga kantan atau daun limau kalau nak.

Boleh letak perasa, garam atau gula kalau korang nak. Untuk resepi ni, tak ada guna gula pun. Korang rasa dan adjust sendiri ikut selera masing-masing okay! Bila dah mendidih dan ikan dah masak, barulah korang masukkan tomato, bendi atau terung sebagai hiasan.

Siap! Senang je kan? Resepi dia sangat simple tetapi memang padu! Tengok gambar je dah tahu rasa dia memang sedap. So apa tunggu lagi? Pergi la dapur dan masak! Hahah selamat mencuba!

No photo description available.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas