Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Sudah Memang Cara Bertutur Mereka Begitu Tetapi Bukan Semua Boleh Terima” – Exco Melaka

Cover Photo Om 1200 X 675 13

Trending

“Mungkin Sudah Memang Cara Bertutur Mereka Begitu Tetapi Bukan Semua Boleh Terima” – Exco Melaka

Susulan insiden viral membabitkan Restoran 35 yang terletak di Banda Hilir Melaka, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem tampil memberi teguran.

BACA: Berpunca Daripada Air Lemon, Pekerja Restoran Viral Melaka Mohon Maaf, Akui Teremosi

Hee Sem telah berjumpa sendiri dengan pemilik restoran dan menasihatinya supaya menjaga tutur bahasa lebih-lebih lagi kawasan tersebut adalah tumpuan pelancong dari luar.

IKLAN
Exco Melaka
Foto Diyanatul Atiqah ZakaryaUtusan

Kita tidak mahu timbul salah faham membabitkan pelancong luar sehingga mencalarkan imej Melaka, mungkin sudah memang cara bertutur mereka begitu (kasar) tetapi bukan semua boleh terima.

Menurut beliau, tiada alasan untuk membenarkan seseorang bercakap semberono sehingga menjejaskan imej negeri biarpun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang kasar.

Tambahan pula, pelanggan yang datang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia.

Diharapkan kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Sama-sama kita jadikan ianya sebagai pengajaran.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas