
Trending
“Nampak Macam Orang Bod*h Je Guna Bahasa Kasar” – Netizen Kecam Peniaga Restoran Biadap Di Melaka
Oleh
‘Lidah lebih tajam daripada pedang’, itulah pepatah yang sesuai digunakan untuk peniaga restoran ini yang menyakiti hati pelanggannya dengan kata-kata.
Melalui satu perkongsian video di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa kecewa mendapat layanan tidak baik ketika berkunjung ke sebuah restoran di Melaka.
Menurut wanita itu, dia dan keluarga tiba di restoran itu kira-kira jam 2 petang. Dia bertanyakan mengenai lauk yang ada di restoran kerana kebanyakannya sudah habis tetapi dijawab dengan penuh sinis oleh peniaga restoran.
Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 9, 2022
Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini. pic.twitter.com/MDsLZLLogy
Tidak habis dekat situ, peniaga itu didakwa terus membebel menyebabkan mereka sekeluarga tidak selesa. Namun memikirkan mereka sekeluarga sudah sampai dan lapar, mereka teruskan makan di situ.
Sebab ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada le lauk lagikan. Kalau habis kau cakap le habis, makcik puaka menyampuk “kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis”.
Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound camtu tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan masih lagi order and terus makan, sebab aku dah lapau nau. Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelangan lagi maaf.
Selain itu, peniaga itu didakwa merendah-rendahkan pelanggan tersebut dengan menyatakan dia tidak mempunyai wang kerana memesan telur dadar.
Ada ke patut makcik tu kata
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 9, 2022
“takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan”
aduhhh mcm kene toreh-toreh hati aku ni. Hidup kau lagi sedih makcik hanya mampu duk pelusuk dapur jadi radio buruk dari anak-anak bawak kau pergi makan!
Pelanggan itu juga menerangkan tidak ada sebarang perkataan maaf yang keluar dari pihak restoran membuatkan dia berasa terkilan dengan perangai peniaga.

Susulan kejadian itu restoran itu dikecam teruk oleh netizen kerana bersikap kurang ajar dengan pelanggan.
Kredit: Isu Semasa Viral | Beautifulnara
