Connect with us

Oh! Media

Harga Barang Mentah Makin Mahal Punca Asam Pedas Melaka Naik Harga?

asam pedas

Trending

Harga Barang Mentah Makin Mahal Punca Asam Pedas Melaka Naik Harga?

Sejak kebelakangan ini, semua harga barangan asas dan mentah seperti cili, lada hitam, serai, halia telah naik harga dan membuatkan peniaga restoran asam pedas di negeri Melaka terpaksa menaikkan harga asam pedas yang dijual.

ADVERTISEMENT

BACA: “Harga Sayur Mahal? Tanam Sendiri Sahaja Di Rumah” – CAP

Menerusi laporan Utusan, Pemilik Asam Pedas Selera Kampung Sdn. Bhd., Saharudin Mohd. Noor menyatakan keuntungannya semakin mengecil selepas harga barang mentah naik mendadak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tujuh bulan tak meniaga, tiba-tiba kos bahan asas naik mendadak

asam pedas
Papan tanda harga restoran Asam Pedas Kampung di Bandar Hilir (Foto: Utusan)

Harga cili yang dulunya hanya RM70 untuk 10 kilogram (kg) kini sudah naik 100 peratus, iaitu RM90 untuk lima kg membuatkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan di restoran.

Pada masa sama bahan asas lain yang perlu dimasukkan dalam masakan seperti serai, halia, lengkuas, lada hitam dan cili kering turut meningkat. Itu belum lagi dicampur dengan pelbagai kos lain seperti upah pekerja, utiliti dan sewa kedai.

Saya sendiri terkejut setelah tujuh bulan tidak berniaga, tiba-tiba kos bahan asas naik mendadak. Bahan mentah seperti ikan pari, jenahak dan pelaling juga semakin mahal. Menu-menu tertentu di kedai saya telah berubah harga sekitar 30 peratus sejak dua minggu lepas. – Saharuddin Mohd. Noor

Menurut Saharuddin, jika peniaga tidak menaikkan harga makanan, mereka terpaksa mengurangkan menu penting dalam masakan dan membuatkan kualiti makanan jadi kurang sedap.

Saya mementingkan kualiti, sebab itu harga dinaikkan. Sebenarnya pihak berwajib yang harus memainkan peranan dengan mengkaji faktor mengapa harga naik mendadak.

Jadi, peniaga tidaklah salah jika mereka mahu menaikkan harga makanan. Kerajaan sepatutnya memainkan peranan dalam urusan ini dan mengawal harga barangan mentah yang naik mendadak.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas