Connect with us

Oh! Media

kanser limfoma

Oh! Lifestyle

Apa Itu Kanser Limfoma? Ini 5 Tanda-Tanda Awal Yang Kita Perlu Waspada

Baru-baru ini kita dimaklumkan tentang tahap kesihatan cef nombor satu Malaysia, Chef Wan yang memaklumkan dirinya menghidapi kanser limfoma. Bagaimanapun, doktor memaklumkan ia masih di peringkat awal dan masih ada peratus yang tinggi untuk sembuh.

BACA: Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Rambut Akan Mula Gugur

IKLAN
kanser limfoma

Tapi apa itu kanser limfoma? Kanser limfoma ini sebenarnya bermula daripada sel-sel sistem limfatik, yang merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan tubuh. Limfoma boleh berlaku pada pelbagai bahagian tubuh termasuk kelenjar getah bening, sumsum tulang, tonsil, dan kelenjar timus.

Walaupun gejala kanser limfoma boleh berbeza-beza, terdapat beberapa tanda umum yang perlu diketahui. Pengenalan awal terhadap tanda-tanda ini dapat membantu dalam diagnosis dan rawatan yang lebih berkesan. Berikut adalah 5 tanda-tanda utama kanser limfoma:

1. Pembengkakan kelenjar

Salah satu tanda paling khas kanser limfoma adalah pembengkakan kelenjar yang tidak menyakitkan. Kelenjar yang biasanya akan muncul ialah di bahagian leher, ketiak, atau di bahagian pelipat. Pembengkakan ini boleh berterusan selama beberapa minggu atau berbulan-bulan. Jika anda mengalami pembengkakan kelenjar yang tidak sembuh-sembuh, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut.

2. Demam dan berpeluh di waktu malam

Demam yang tidak mempunyai sebab yang jelas dan berpeluh di malam hari tanpa sebab yang nyata adalah tanda lain yang perlu diambil perhatian. Keadaan ini sering dikaitkan dengan kanser limfoma, terutamanya limfoma Hodgkin.

3. Sentiasa rasa penat tanpa sebab

Merasa sangat penat atau lemah tanpa sebab yang nyata boleh menjadi tanda lain kanser limfoma. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh tubuh yang berusaha untuk melawan sel kanser, dan ini menyebabkan keletihan yang berterusan.

4. Penurunan Berat Badan mendadak tanpa sebab

Jika anda mengalami penurunan berat badan yang ketara tanpa sebab yang jelas seperti perubahan diet atau aktiviti fizikal, ini boleh menjadi tanda potensi kanser limfoma. Badan kita akan menggunakan banyak tenaga untuk melawan kanser ini dalam senyap dan ia menyebabkan berat badan menurun.

5. Gatal-gatal pada kulit

Dalam beberapa kes kanser limfoma, pesakit memaklumkan dia berasa gatal-gatal yang sangat teruk pada kulit mereka. Gatal ini mungkin tidak hilang dengan rawatan kulit biasa dan boleh berlaku di pelbagai bahagian tubuh.

kanser limfoma

Adalah penting untuk diingat bahawa tanda-tanda ini juga boleh berkaitan dengan masalah kesihatan lain, dan hanya doktor yang boleh memberikan diagnosis yang tepat. Jika anda mengalami beberapa gejala ini dalam jangka masa yang lama atau semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor untuk penilaian kesihatan yang tepat.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas