Connect with us

Oh! Media

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Rambut Akan Mula Gugur

chef wan

Oh! Artis

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Rambut Akan Mula Gugur

Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan kini disahkan menghidap kanser limfoma. Perkara itu dikongsi sendiri Chef wan di Instagram dan rata-ratanya terkejut mendengar berita ini.

ADVERTISEMENT

Kanser limfoma yang dihadapi Chef Wan bagaimanapun masih dalam peringkat awal dan beliau telahpun menjalani ujian ECG sebanyak dua kali dan doktor mendiagnosis dirinya dengan penyakit berkenaan.

Chef Wan masih ada peratus yang tinggi untuk sembuh daripada kanser….

Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.

Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.

Memandangkan kanser ini dapat dikesan awal, doktor memberitahu peluang untuk sembuh adalah 70 hingga 80 peratus. Bagaimanapun, Chef Wan akan tetap perlu memulakan rawatan kemoterapi dengan serta merta sebanyak 13 kitaran.

chef wan

Tetap positif dengan berita duka tersebut, Chef Wan sempat berseloroh tidak dapat membayangkan dirinya menggayakan rambut palsu seperti Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu dan Liberace sebab rambut akan gugur.

Anak dan menantunya turut berasa sedih apabila mendengar berita itu namun beliau menerima ujian tersebut dengan hati yang terbuka.

Anak perempuan dan menantu saya kecewa mendengar berita ini, saya kata jangan menangsi. Saya okay. Saya belum pergi lagi. Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah Allah akan jaga saya.

Saya menerima semua ujian ini dengan hati terbuka dan keberanian. Inilah kehidupan, anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif.

Chef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang dititipkan daripada pengikut dan rakan artis selain berharap kisah hidupnya ini dapat memberi inspirasi serta membantu orang lain pada masa hadapan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas