Connect with us

Oh! Media

Ada Bran Ke Tak? 4 Tempat Kami Recommend Untuk Korang Cabar Diri & Enjoy Weekend Ni

Oh! Lifestyle

Ada Bran Ke Tak? 4 Tempat Kami Recommend Untuk Korang Cabar Diri & Enjoy Weekend Ni

Walaupun kita ni masih dalam fasa berjaga-jaga, tapi tak salah rasanya kalau nak enjoy dengan have fun bersama kawan-kawan dan keluarga. Paling penting kenalah tau jaga SOP!

ADVERTISEMENT

Kalau korang masih takut nak keluar ke tempat yang sesak atau masih tercari-cari lokasi nak beraktiviti. Ni kami nak kongsikan 4 tempat best untuk korang cuba, sebab Oh! Media and the gang dah pergi sendiri tempat ni (terima kasih Klook untuk pengalaman ni). Jadi kami nak recommend pula untuk korang Upgrade Your Weekend. Gerenti tak menyesal!

1. White Water Rafting, Kuala Kubu Baru

Untuk yang sukakan aktiviti lasak dan tak kisah kena basah-basah. Aktiviti White Water Rafting ni korang WAJIB cuba. Korang akan melalui sungai sepanjang 7km, ambil masa lebih kurang 4 jam juga la baru habis.

Masa kami pergi hari tu, kami dapat slot petang. Kami dibawa menaiki 4×4 ke tempat permulaan. Semasa team RaftAsia mengepam bot, kami diberikan taklimat keselamatan tentang perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan.

Sebelum start kayak kami tak jangkalah laluan yang bakal dilalui tu penuh berliku, sebab sungai tu nampak tenang je pada mulanya. Rupanya kami silap, adalah lebih kurang 6 jeram kami lalu, siap pakej 3 kali jatuh sepanjang laluan. 

Nasib baik ada life jacket dan kapten kami, Abang Pahit pun baik saja layan kami yang newbie dan overdramatic ni, walaupun kami banyak ‘mengelat’ masa berkayak.

Tapi paling best, siap ada pakej gambar dan video, bolehlah korang tengok ‘wajah’ ketakutan dan muat naik video pengalaman korang di sosial media.

Aktiviti: White Water Rafting

Tempat: Kuala Kubu Baru

Pakej Harga: RM180

Sosial Media: Facebook: @Whitewaterraftingtour/ Instagram (RaftingMalaysia)

2. Skytrex, Sungai Congkak

Di air sudah, kami cuba ‘terbang’ pula kali ni. Untuk aktiviti seterusnya, kami cuba Skytrex pula di Sungai Congkak. Untuk aktiviti Skytrex ni ada 2 pilihan yang korang boleh pilih iaitu Rapid Course dan Rapid Trill.

Kami pilih nak buat Rapid Course ada 13 flying fox dan aktiviti ni mengambil masa 1 jam 30 minit. Masa mula-mula memanjat tangga dan nak terbang, memang ada rasa sedikit nervous. Salah seorang team member kami, siap nak turun balik lepas dah panjat sebab rasa gugup. Tapi nasib baik dia berjaya teruskan sampai habis. 

Bukan hanya flying fox, ada juga tangga tergantung yang menghubungkan antara laluan di sepanjang perjalanan tu. Mengah jugalah kalau dapat kena mendaki tu, tak tau nak rasa gayat ke penat! 

Paling kami suka masa berflying fox ni semasa merentasi sungai dengan dikelilingi kehijauan pokok. Memang enjoy habislah, rasa macam back to nature. Korang jangan risau sebelum mula tu, ada instructor akan ajar korang cara pakai harness dengan betul dan mengendalikan alatan keselamatan. Sebab kata atas nanti, korang akan buat semuanya sendiri. Staf hanya akan berada di beberapa checkpoint terpilih saja.

Aktiviti: Skytrex

Tempat: Sungai Congkak

Pakej Harga: RM80

Sosial Media: Facebook @skytrexadventure/ Instagram @skytrexadventure

3. Hauntu, Kuala Lumpur

Dah puas aktiviti luar, kami cuba pula aktiviti indoor. Team Oh! Media cabar diri dengan mencuba escape room yang bertemakan hantu. Ingatkan tak ada lah seram mana, sekali fuhh menjerit-jerit kitorang kat dalam tu, kalah perempuan. (Kali ni semua lelaki yang pergi).

Kalau korang nak tau, Hauntu adalah sebuah escape room yang bertemakan rumah seram yang mana ada vibe-vibe zaman 60-an. Jadi, interior dan dressing pelakon-pelakon dalam rumah hantu tu semuanya bertemakan zaman dulu-dulu.  Menariknya, dekat sini korang akan diberi satu watak penting yang mana korang sendiri akan tentukan pengakhiran permainan korang macam mana, berdasarkan petunjuk yang korang dapat. 

Tapi, jujur kitorang cakap, pengalaman kitorang masa main dekat Hauntu ni serius seram sebab sepanjang permainan tu, kitorang bermain dalam keadaan yang gelap dan ada kelibat-kelibat hitam yang mengintai kitorang. Bukan itu sahaja, kitorang sampai tersesat dekat dalam tu sebab banyak sangat laluan yang ada dan kitorang dikejar oleh satu lembang hitam yang sangat besar. Haa, kalau dah kene kejar tu memang kitorang lari lintang pukang la kat dalam tu. 

Tapi overall, kitorang enjoy sangat-sangat main dekat sini sebab kitorang tak pernah rasa pengalaman ni dekat mana-mana escape room yang lain. Kena kejar dengan hantu satu hal, nak cari petunjuk pun satu hal. 

Aktiviti: Hauntu

Tempat: The LINC, Kuala Lumpur

Pakej Harga: RM58

Sosial Media: Facebook @hauntumy/Instagram @hauntumy

4. Beast Park Indoor Adventure KL

Tempat terakhir yang team Oh! Media pergi adalah Beast Park Indoor Adventure and Activity Park Kuala Lumpur.

Dekat sini, ada macam-macam aktiviti mencabar yang ada antaranya rock climbing, ninja course, bouldering, beast park dan banyak lagi. Sepanjang kami bermain di situ, tipulah kalau kami kata kami tak enjoy kan. Pada awalnya kami cuba ninja course dulu dan sejujurnya memang rasa macam dalam ninja warrior tau! Ninja course ni sangat mencabar sebab bermain dengan stamina serta kecekapan kita! 

Kemudian, kami cuba pula uji tahap keberanian dan kestabilan kami dengan Beast Net! Beast Net ni hanyalah jaring semata dan korang boleh nampak view dekat bawah jaring tu pada jarak yang tinggi tau! Fuhh, seram sangat awal-awal tu, tapi kami berjaya melawan perasaan takut.

Sebelum kami balik, kami cuba pula rock climbing. Untuk rock climbing, ia ada 4 tahap kesukaran dan memandangkan kami tak pernah panjat rock climbing, kami hanya cuba tahap 1 dan 2 sahaja. Walaupun tahap 1 dan 2 itu boleh dikatakan senang, tapi korang kena kuatkan mental dan fizikal tau sebab bila dah sampai ke puncak, korang kena lepaskan tangan daripada batu yang korang pegang tu. Tapi jangan risau, korang akan dijaga dengan baik oleh orang yang berpengalaman.

Overall, kami memang seronok sangat buat semua aktiviti yang ada di Beast Park Indoor ni sebab dalam penat kami, kami juga dapat membina stamina dan keberanian kami. Korang yang suka sukan indoor yang lasak, boleh datang ke sini!

Aktiviti: Beast Park Indoor Adventure and Activity Park 

Tempat: Kuala Lumpur

Pakej Harga: RM55

Sosial Media: Facebook @beastparkmy/Instagram @beastparkmalaysia

Upgrade Your Weekend bersama Klook!

Ni baru 4 tempat saja yang kami kongsikan. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik untuk beraktiviti yang korang boleh cuba. Nak tau kat mana? Korang boleh layari Klook sekarang dan Upgrade Your Weekend. Takdelah hambar je!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

30 Hari Paling Trending

Ke Atas