Connect with us

Oh! Media

8 Keluarga Sepakat ‘Transform’ Lorong Belakang Rumah Jadi Taman Hijau

Taman Hijau

Oh! Lifestyle

8 Keluarga Sepakat ‘Transform’ Lorong Belakang Rumah Jadi Taman Hijau

Kehidupan berjiran sememangnya memerlukan rasa hormat dan tolak ansur di antara satu sama lain. Bak kata peribahasa Melayu, muafakat membawa berkat di mana kerjasama baik semua pihak pastinya membawa kebaikan kepada penduduk setempat.

BACA: Nak Beli Mahal? Ini ‘Step By Step’ Bina Playhouse Untuk Anak

Seperti perkongsian Puan Aida Haniza Adnan di laman Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini, lapan sekeluarga di Taman Perwira, Gombak Setia bersepakat merealisasikan lorong belakang rumah yang terbiar kepada taman hijau.

IKLAN
253482045 10227725811034648 6598589531601163291 n 1
253215235 10227725812474684 4524596541352360960 n

Katanya, penduduk di situ turut mempraktikkan gaya hidup hijau dengan sistem pengumpulan air hujan (SPAH), kitar semula sisa makanan untuk dijadikan baja kompos dan kitar semula 3R membabitkan bahan plastik, tin serta kertas.

Lampu-lampu di Garden 8️⃣ juga menggunakan tenaga solar yang menyerikan kebun taman di waktu malam.

Ujar Puan Aida lagi, taman itu merupakan tempat jiran tetangga mengukuhkan ukhwah di antara satu sama lain. Di situ mereka mengeluarkan peluh dengan aktiviti berkebun.

252525737 10227725753713215 5622179248510459116 n

Anak cucu juga boleh mengenali jenis-jenis sayuran dan herba yang dilabel setiap satunya. Menarik sungguh!

Juga terdapat sebuah orang-orang (scarecrow) buat anak-anak yang jarang dapat melihat orang-orang secara dekat dan weather station untuk melihat suhu semasa dan aras air hujan.

253715961 10227725851235653 5179022289729211086 n

Beliau berharap apa yang dilakukan 8 sekeluarga ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai dalam membangunkan kebun kejiranan di kawasan masing-masing.

Beliau turut mengalukan kedatangan orang ramai untuk berkunjung ke taman mereka. Siap ada tempat duduk lagi tau. Untuk info lanjut, boleh rujuk di laman IG: our.j8.abode

Lagi foto

248581182 10227725754953246 8464688548962274499 n
250875331 10227725748753091 1642203501642168938 n
252810202 10227725755793267 2387196256605717810 n
248975146 10227725750553136 845406669846530296 n

Memetik laporan Siakap Keli, Puan Aida ketika dihubungi berkata kos untuk menyiapkan kebun hijau itu mencecah RM15,000. Masa yang diambil pula lebih kurang sebulan sahaja.

Kredit: Aida Haniza Adnan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas