Connect with us

Oh! Media

Komposer Terkenal Ditahan Pukul Jiran Guna Pemegang Gitar

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Oh! Tidak

Komposer Terkenal Ditahan Pukul Jiran Guna Pemegang Gitar

Komposer ditahan polis selepas didakwa pukul jiran dengan pemegang gitar kerana isu pintu bilik air.

Siapa sangka perkara sekecil pintu bilik air boleh membawa kepada kejadian ganas? Seorang komposer muzik yang juga merupakan gitaris sebuah kumpulan telah ditahan polis selepas dipercayai memukul jirannya dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah rumah sewa di Pandan Indah semalam.

Menurut sumber, insiden itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi pada 30 Jun, apabila mangsa yang juga penyewa rumah berkenaan terdengar bunyi pintu bilik air dihempas kuat.

Mangsa hempas semula pintu, komposer mengamuk…

Mangsa yang berusia lingkungan 50-an, dan bekerja sebagai tukang masak, dilaporkan keluar dari biliknya dan menghempas semula pintu tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan jirannya itu.

IKLAN

Malangnya, tindakan itu mengundang padah apabila komposer berkenaan yang berusia 46 tahun bertindak keluar dan menyerang mangsa.

Lebih mengejutkan, suspek dikatakan menyerang menggunakan batang yang dipercayai pemegang gitar. Pukulan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan.

Mangsa dapatkan rawatan dan buat laporan polis…

Akibat kecederaan yang dialami, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum tampil membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. Susulan laporan itu, pihak polis bertindak menahan suspek pada hari yang sama.

Buat masa ini, Harian Metro melaporkan bahawa mereka sedang mendapatkan pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung penahanan komposer terbabit.

Pssttt! Korang, kadang-kadang benda kecil boleh jadi besar bila kita tak kawal emosi. Dalam situasi macam ni, sabar adalah kunci. Walaupun kita marah, jangan sampai hilang kawalan sampai bertindak ganas. Apatah lagi sampai cedera orang lain dan ditahan polis. Kalau ada masalah dengan jiran atau orang serumah, cuba selesaikan dengan tenang. Jangan biarkan ego atau emosi rosakkan hidup sendiri.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas