Connect with us

Oh! Media

Nak Beli Mahal? Ini ‘Step By Step’ Bina Playhouse Untuk Anak

Oh! Lifestyle

Nak Beli Mahal? Ini ‘Step By Step’ Bina Playhouse Untuk Anak

Akibat terlalu lama berada di rumah, ibu bapa kadang kala buntu bagaimana untuk menghilangkan kebosanan anak-anak. Iyalah, kalau dahulu ibu bapa boleh bawa anak-anak ke shopping mall atau taman permainan. Kini, rutin itu sudah berubah.

ADVERTISEMENT

BACA: 4 Cara Untuk Elak Anak Ketagih Main Gajet

Ada juga ibu bapa menjadi kreatif dengan membuat rekaan pelbagai jenis mainan secara DIY ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Tak perlu guna modal yang banyak pun dah boleh cipta senyuman di bibir anak-anak!

Seperti perkongsian saudara Sadiqin Sulong di laman Tukang Apa Hari Ini, dia membina sendiri playhouse atas permintaan anak-anak. Katanya, untuk membeli playhouse yang sudah siap, ianya pasti memakan harga yang besar. Playhouse DIY ini bukan sahaja menjimatkan wang malah dia boleh mengasah skil pertukangan yang ada.

Langkah demi langkah bina playhouse

playhouse

Menurut Sadiqin Sulong, langkah pertama yang perlu dibuat adalah rangka playhouse menggunakan kayu berukuran 2×2. Saiz ukuran playhouse adalah 4 kaki lebar, 6.5 kaki panjang dan 5 kaki tinggi.

Langkah seterusnya adalah membuat tangga dan memasang lantai menggunakan plywood berukuran 18mm. Untuk menutup bahagian atas dinding, dia menggunakan kayu palet.

playhouse

Apabila tangga dan lantai sudah siap dipasang, undercoat bahagian yang perlu dicat untuk kekemasan dan memudahkan lagi proses mengecat selepas ini.

playhouse

Dah selesai undercoat, dia memasang shera plank hasil lebihan daripada stor di belakang rumahnya. Overlap 20mm antara dua keping shera.

playhouse

Proses berikutnya adalah mengecat semua bahagian mengikut warna pilihan masing-masing. Sesudah itu, bolehlah dipasang atap pula.

playhouse

Proses terakhir adalah menyusun atap genting dan melapik kaki tiang menggunakan bata untuk menjaganya. Di saat-saat akhir, dia memasang lebihan shera plank di bahagian atap untuk kelihatan lebih kemas. Hasilnya memang mengagumkan!

Menurutnya, playhouse yang dibina ini dapat digunakan anak-anak untuk bermain di waktu petang. Dia juga tidak mementingkan kecantikan rekaan asalkan anak-anak gembira.

playhouse

Sehingga kini, perkongsian sudah mendapat hampir 2,000 shares dan 500 komen. Rata-rata mention nama pasangan masing-masing untuk dijadikan inspirasi.

Kredit: Sadiqin Sulong via Tukang Apa Hari Ini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas