Connect with us

Oh! Media

Selama Ini Tiada, Kini Guru Kafa Akan Terima Elaun Tambahan Sepanjang Cuti Bersalin

Ohmedia kafa

Oh! Islam

Selama Ini Tiada, Kini Guru Kafa Akan Terima Elaun Tambahan Sepanjang Cuti Bersalin

Semalam kita ada berita gembira buat pegawai kontrak KKM, hari ini kita ada berita gembira buat guru KaFa yang bersalin pula. Ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad menumumkan pemberian elaun cuti bersalin bermula tahun ini.

BACA: Akhirnya Ada Berita Gembira Buat Pegawai Lantikan Kontrak KKM

Sebelum ini guru KaFa hanya diberikan cuti bersalin tetapi tidak layak menerima sebarang elaun tambahan. Dengan pengumuman ini, guru KaFa akan menerima elaun RM1,000 setiap bulan sepanjang cuti bersalin.

IKLAN

Elaun yang diterima mereka RM1,000 sebulan sebelum ini berjalan seperti biasa walaupun mereka sedang bercuti bersalin. ahun ini, terdapat 5,000 guru takmir di seluruh negara termasuk 1,000 orang yang baharu dilantik dan pengagihan akan dibuat berdasarkan permohonan dan kuota yang kita tetapkan.

Pembayaran elaun itu akan disalurkan sepanjang kontrak pengajar berkuat kuasa dengan Agensi Pelaksana KaFa negeri.

Berdasarkan rekod, setakat hari ini kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM65 juta kepada imam, bilal, guru takmir dan guru KaFa di Terengganu sahaja pada tahun 2022.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas