Connect with us

Oh! Media

Ada Pihak Pertikai Dan Minta Elaun Imam Firdaus Firabib Dipotong

Ohmedia imam firdaus firabib masjid albusyra

Oh! Islam

Ada Pihak Pertikai Dan Minta Elaun Imam Firdaus Firabib Dipotong

Nama Imam Firdaus Firabib bukan nama asing di Kedah. Sejak mengambil alih tanggungjawab sebagai Pengerusi Masjid Al-Busyra di Merbok pada 2018, beliau telah melakukan transformasi besar-besaran terhadap masjid yang berusia lebih setengah abad itu.

Dengan konsep mesra musafir, masjid ini kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas ala R&R, perpustakaan mini, tempat letak kereta yang luas, perkhidmatan mencuci kereta, kedai gunting rambut, kafe Barista, dan kedai serbaneka Al-Busyra Mart.

Image
Image

Atas usaha gigihnya, Masjid Al-Busyra telah menerima pengiktirafan sebagai Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar 2022 dan Anugerah Tandas Awam Terbaik ASEAN peringkat kebangsaan 2023 hingga 2025.

IKLAN

Jadi cuba korang bayangkan, selepas buat semua ni, ada pula yang bersuara dan cadangkan agar elaun imam dipotong…

Di Kedah, isu elaun Imam dan Pengerusi Masjid jarang dibangkitkan. Dengan jumlah hanya RM1,200 sebulan, ramai berpendapat ia tidak sepadan dengan tugas yang mereka galas setiap hari.

Lebih mengejutkan, elaun ini hanya dinaikkan selepas Lembaga Zakat Kedah mengambil inisiatif menambah jumlah tersebut. Jika tidak, mereka masih menerima RM850 sebulan, jauh lebih rendah berbanding gaji minimum RM1,700 yang ditetapkan kerajaan hari ini.

Imam Firdaus Firabib jelaskan tugas Imam bukan sekadar imamkan solat…

Image

Menurut imam Firdaus, ramai Imam dan Pengerusi Masjid berdiam diri kerana bimbang dilabel meminta lebih.

Saya bukan bersuara untuk diri sendiri, tapi mewakili Imam-Imam lain, bagi saya sudah cukup Allah buka pintu rezeki saya dengan perniagaan sekarang.

Kepada jawatankuasa Masjid, mesyuarat tambahlah elaun Imam/Pengerusi dari duit Masjid paling kurang cukupkan RM2000-RM2500 dah memadai.

Imam Firdaus Firabib jelaskan dia tidak ambil sebarang gaji, hanya minta doakan perniagaannya berjalan lancar…

Jawatankuasa Masjid juga digesa mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini. Sebagai individu yang memainkan peranan penting dalam komuniti, golongan Imam sepatutnya mendapat ganjaran yang lebih setimpal dengan pengorbanan mereka.

#ApaKataOhmedia

Imam bukan sekadar pemimpin solat, tetapi juga tonggak masyarakat! Jika elaun mereka tidak setimpal dengan beban tugas, ia boleh menjejaskan motivasi dan komitmen mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat. Harapnya, ada langkah lebih proaktif untuk menghargai jasa mereka.

Ohmedia imam firdaus firabib masjid albusyra

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas