Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Ada Berita Gembira Buat Pegawai Lantikan Kontrak KKM

kkm

Oh! Negara

Akhirnya Ada Berita Gembira Buat Pegawai Lantikan Kontrak KKM

Selepas banyak usaha dilakukan mereka, akhirnya pegawai lantikan kontrak KKM boleh menarik nafas lega dengan berita baik ini. Terkini, pihak KKM melalui menterinya, Khairy Jamaluddin mengumumkan tentang jawatan tetap tambahan akan diwujudkan membabitkan sebanyak 4,186 jawatan.

ADVERTISEMENT

Semua jawatan itu akan diisi dan bermula pada bulan Jun ini membabitkan seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.

KKM dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Januari lalu membentangkan satu memorandum yang membincangkan tawaran baharu berhubung keperluan perjawatan tetap tambahan serta hala tuju pelaksanaan inisiatif bagi menangani isu berkaitan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak.

Lebih banyak jawatan pegawai akan diwujudkan setiap tahun

Dalam mesyuarat ini, jemaah Menteri bersetuju sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai 2023 hingga 2025

Bermula tahun 2023 hingga 2025 juga, sekitar 8,686 perjawatan tetap tambahan membabitkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan farmasi akan diwujudkan.

Permohonan jawatan tetap tambahan KKM akan dibuka pada Februari ini

Pengisian jawatan ini terbuka kepada mereka yang tamat latihan siswazah, berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia dan tidak ada sebarang kes tatatertib serta sihat tubuh badan.

Mereka akan melalui tapisan awal dan proses ini akan dibuat secara telus, adil tanpa pilih kasih dan proses ini akan diteliti serta diumumkan oleh Ketua Pengarah (Kesihatan). Selepas itu, mereka akan melalui temuduga yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kita masih menunggu jawapan daripada SPA.

Jadi, semoga tiada lagi masalah yang timbul membabitkan pegawai kontrak KKM.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas