Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Bukan Paksaan, Ini Pengertian Sebenar Duit Raya

1 20230414 121013 0000

Oh! Islam

#RENUNGAN Bukan Paksaan, Ini Pengertian Sebenar Duit Raya

Duit raya merupakan perkara yang sering dinanti-nantikan oleh orang ramai ketika masuk hari lebaran Aidilfitri. Malah, pemberian duit raya ini juga merupakan salah satu budaya yang diterapkan dalam masyarakat kita.

BACA: #RENUNGAN Adakah Raya Sampai Sebulan Dibenarkan? Ini Jawapan Mufti Dari Sudut Islam

Tahukah korang, duit raya merupakan ibadah sunat dan bukan paksaan? Jom, kita check balik pengertian sebenar duit raya.

IKLAN

Hukum duit raya

Raya

Perbuatan memberi duit raya ini dianggap sebagai salah satu cara untuk bersedekah kepada orang lain. Ia juga memberi tiga bentuk pahala yang baik iaitu bersedekah, berbuat baik dengan orang lain dan mengeratkan silaturahim.

Terdapat satu hadis diriwayatkan oleh Sa’d bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Raya

Ada di luar sana yang menganggap duit raya diberi dalam sampul seakan-akan seperti angpao. Walau bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah berkongsi penjelasan sebenar mengenai isu tersebut.

Berkaitan dengan isu tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan angpau yang diberikan semasa perayaan kaum Cina, kami melihat bahawa tidak terdapat sebarang unsur tasyabbuh di antara keduanya. Ini kerana pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang hukumnya sunat. Justeru, tidak timbul isu tasyabbuh di sini.

Psst, diingatkan pemberian duit raya ini hanya ibadah sunat dalam bersedekah sahaja. Jadi, jangan paksa diri sekiranya tidak mampu!

Kredit: Sinar Plus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas