Connect with us

Oh! Islam

#RENUNGAN Adakah Raya Sampai Sebulan Dibenarkan? Ini Jawapan Mufti Dari Sudut Islam

Selalu kita dengar mengenai ayat “tak apa, raya kan sebulan” bukan? Tapi, bila fikir balik adakah umat Islam sebenarnya boleh beraya selama sebulan?

BACA: #RENUNGAN Majlis Agama Minta Jangan Bina Bangunan Atas Tanah Wakaf Kubur

IKLAN

Jom, kita ikuti penjelasan mufti daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini.

Raya sebulan

raya

Ketika hari raya, umat Islam digalakkan untuk saling menziarahi bagi merapatkan hubungan silaturahim. Di Malaysia, budaya menganjur rumah terbuka sering dilakukan bagi menerapkan semangat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

Siapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim (Hadis riwayat al-Bukhari).

Selain itu, aktiviti yang dilakukan ketika raya iaitu menyambut dan memuliakan kedatangan tetamu merupakan salah satu adat yang tidak bercanggah dalam agama. Rasulullah SAW bersabda:

Siapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka berkatalah benar atau diam, siapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat janganlah menyakiti jiran, siapa yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat maka muliakanlah tetamu (Hadis riwayat al-Bukhari).

Meskipun hari raya hanya disyariatkan pada 1 Syawal sahaja, hal ini tidak bermaksud umatnya tidak boleh melakukan kebaikan. Oleh itu, saling menziarahi pada sepanjang bulan Syawal adalah diharuskan dalam Islam.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas