Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Majlis Agama Minta Jangan Bina Bangunan Atas Tanah Wakaf Kubur

20230412 124159 0000

Oh! Islam

#RENUNGAN Majlis Agama Minta Jangan Bina Bangunan Atas Tanah Wakaf Kubur

Terbaru, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu memaklumkan tindakan bakal dikenakan atas individu yang membuat bangunan di atas tanah kubur yang telah diwakafkan.

BACA: #RENUNGAN Misi Mencari Lailatul Qadar, Ini Amalan Dan Doa Yang Boleh Diamalkan

Yang Dipertua, Datuk Shaikh Harun Ismail menegaskan perkara itu terutama sekali binaan bangunan kediaman di atas tanah wakaf.

IKLAN

Tanah wakaf kubur

Tanah

Menurut beliau, pihak Maidam terpaksa mengalihkan kubur ke lokasi yang lain berikutan tanah yang diwakafkan tidak berdaftar di bawah enakmen wakaf perkuburan.

Kita akui, ada dalam kalangan masyarakat terdahulu mewakafkan tanah miliknya sebagai tanah perkuburan, tetapi siasatan mendapati, tanah diwakafkan itu dibuat secara lisan tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Shaikh Harun juga meminta orang ramai untuk tidak melakukan binaan di atas tanah yang diwakafkan meskipun tanah tersebut milik ahli keluarga sendiri.

Tanah yang sudah diwakafkan di bawah enakmen itu tidak boleh dan ditegah daripada dibangunkan dengan projek bangunan termasuk kediaman walaupun oleh ahli keluarga pewakaf.

Beliau berkata demikian melalui satu ucapan di Majlis Apresiasi Pewakaf dan majlis berbuka puasa bersama pewakaf Terengganu semalam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas