Connect with us

Oh! Media

Oh! Islam

Ramai Anak Muda Islam ‘Join’ Perarakan Sambil Sorak ‘Vel-Vel’, Mufti Luah Rasa Kecewa Dan Perjelas Hukumnya

Setiap kali perayaan Thaipusam, pasti ramai orang tak kira bangsa akan menghadiri kuil bagi memeriahkan perayaan kaum India itu.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan ramai anak muda Islam yang turut sertai perarakan bersama pedati dipercayai di Pulau Pinang dan perkara ini telah mendapat perhatian mufti.

IKLAN

Kalau korang lihat video itu, generasi muda dan kanak-kanak beragama Islam itu berarak sambil bersorak perkataan ‘vel-vel’.

@malaysiagazette

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.” – Mufti Pulau Pinang #malaysiagazette #mgnews #perarakankuil #muftipulaupinang #penang #umatislam

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Perkara itu mengundang rasa kurang senang Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang meluahkan kekecewaannya terhadap golongan ini kerana kurang sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan akidah dan iman.

Katanya, umat Islam dilarang (haram) untuk menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan upacara keagamaan orang bukan Islam.

Pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.

Tambahnya, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlulah memainkan peranan masing-masing untuk menjelaskan tentang hal itu kepada generasi baru umat Islam tentang hukum menyertai ritual agama lain.

Bukan itu sahaja, dia turut bimbang umat Islam salah faham tentang konsep toleransi beragama. Jelasnya toleransi bermaksud rakyat Malaysia perlu hormat semua agama yang dianut oleh kaum-kaum di negara ini.

Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas