Connect with us

Oh! Media

Patutlah Viral, Pendekatan Iklan ‘Reminder’ Ini Memang Lain Dari Lain!

Branded

Patutlah Viral, Pendekatan Iklan ‘Reminder’ Ini Memang Lain Dari Lain!

Setiap kali hadap trafik jam, mesti ramai antara kita akan mengambil masa ini untuk reflect semula tentang diri dan kehidupan betul tak? Sampai satu tahap, ia dah jadi rutin harian, termenung, terdiam.

Jujur cakap, waktu inilah sebenarnya banyak perkara yang kita akan fikirkan, tentang susah senang kehidupan, tanggungjawab, pressure orang sekeliling, dan macam-macam lagi. 

Dan, kalau tepat pada waktunya, kita pasti akan ternampak iklan-iklan ‘reminder’ yang menegur kita dalam diam.

Contohnya, seperti iklan zakat yang baru-baru ini viral di sosial media. Ia muncul di beberapa lebuhraya, dengan pendekatan berbeza, tidak menghukum, tidak menjerit dan tidak mendesak. 

Bukan Sekadar Kewajipan, Zakat Juga Sebuah Jaminan Kehidupan

Kalau tanya kami, iklan ini adalah lain daripada yang lain sebab ia berbunyi sebagai peringatan, bukan paksaan. Paling penting, mesej yang cuba disampaikan penuh dengan empati dan rasa dekat dengan diri, betul tak?

Kami yakin, mesti ada antara korang terdetik untuk menunaikan zakat, tetapi masih ragu-ragu, rasa tak pasti, perlukan panduan dan mahukan keyakinan bahawa zakat yang ditunaikan benar-benar memberi kesan. 

Hakikatnya, zakat itu sendiri adalah satu bentuk jaminan sosial. 

Zakat Selangor memainkan peranan memastikan amanah ini sampai kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang atau keadaan, supaya tiada siapa berdepan kesukaran sendirian. 

Sebab itu, Zakat Selangor menyediakan pelbagai saluran mudah untuk membayar zakat agar lebih ramai dapat menyumbang dan menjadi sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan. 

Bila difikirkan balik, mungkin itulah tujuan sebenar iklan yang terpampang di beberapa lebuhraya, menjadi simbolik peringatan untuk kita semua supaya tidak terlepas untuk menunaikan tanggungjawab bersama. 

Jadi, kalau korang nak tunaikan segera, muat turun aplikasi Zakat Selangor di Apps Store atau Google Play, atau secara dalam talian di http://fpx.zakatselangor.com.my.  

Ikuti media sosial Lembaga Zakat Selangor di Facebook dan Instagram untuk info terkini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas