Trending
Tular Video Ustaz Don Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam Dan Hawa Sebagai Content Jenaka
Baru-baru ini, penceramah bebas Ustaz Don Daniyal direhatkan seketika daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman membuat keputusan itu untuk meredakan situasi panas yang dikaitkan dengan pendakwah tersebut.
BACA: Perjumpaan JAKIM Dan Ustaz Don Daniyal Penentu Tindakan Selanjutnya
Terbaru, tular satu video di aplikasi X mendakwa Ustaz Don menjadikan kisah Nabi Adam dan Hawa sebagai bahan jenaka. Ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Kalau sampai pasangan Nabi Adam pun si Don Daniyal ini jadikan bahan jenaka, rasanya memang patut dia direhatkan dari siaran TV. Baik gunakan masa yang terluang perbaiki masakan di restoran.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) June 8, 2024
pic.twitter.com/ySBb85QBaw
Dalam video tersebut, Ustaz Don berkata, dia sudah mendapat jawapan mengapa wanita tak tahu mahu makan di mana setiap kali keluar dengan pasangan.
Saya terfikir, pasal apa bila kita tanya orang perempuan, “You nak makan dekat mana?” Isteri ke siapa-siapa ke girlfriend akan kata, “Ikut you lah, terpulang dekat you”.
Sekarang saya dah dapat jawapan, tahu pasal apa? Kali terakhir seorang perempuan memilih untuk makan Siti Hawa, kita semua keluar dari syurga. Melawak ja, gurau. Kalau tak boleh gurau duk surau.
Susulan itu, rata-rata netizen berasa kurang senang dan merasakan ia bukanlah satu topik yang sesuai untuk dijadikan bahan jenaka apabila berdakwah.
Malah, pengguna aplikasi X @SyedAkramin bersetuju dengan tindakan RTM merehat Ustaz Don buat sementara waktu.
Kredit: Aplikasi X SyedAkramin
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
