Connect with us

Oh! Media

Ketua Ajaran Sesat PMYT Selesai Isytihar Taubat Dan Akui Terpesong Dari Ajaran Islam Sebenar

pmyt

Oh! Islam

Ketua Ajaran Sesat PMYT Selesai Isytihar Taubat Dan Akui Terpesong Dari Ajaran Islam Sebenar

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang bekas ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang menggeparkan negara dengan mimpinya mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga. Wanita itu dikenali sebagai Sittah Annur dan telahpun isytihar taubat secara terbuka pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas Ketua Ajaran Sesat PMYT Dijadual Bertaubat Esok

Majlis Pengisytiharan Istitabah yang dilakukan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu disiarkan secara langsung di Facebook Harian Metro. Sittah Annur atau Masitah Ab Jalar, 39 tahun dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan isytihar itu dengan rela hati dan tidak dipaksa mana-mana pihak.

Dalam majlis itu, Masitah mengakui dia telah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Dia juga mengaku ilmunya bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Saya menginsafi, menyesali dan berjanji….

Oleh yang demikian, saya menginsafi, menyesali dan berjanji kepada diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi dengan apa juga cara yang boleh membawa kepada keadaan yang dinyatakan. Dengan ini saya bertaubat kembali ke pangkal jalan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.

Bahawasanya saya bertaubat dengan taubat dengan sebenar-benar taubat dan menyesal dengan perbuatan saya…Tiada mana-mana paksaan (lafaz taubat) melainkan dengan kesedaran diri sendiri.

Masitah dilihat wajar melakukan isytihar ini memandangkan dia memiliki lebih 3,000 pengikut dan berjaya mengwujudkan 22 kumpulan Telegram. Lebih menarik perhatian apabila pengikutnya bukan sahaja datang dari orang biasa, tetapi ramai juga dari golongan profesional.

Semoga negara kita dihindari dari mereka-mereka yang membawa ajaran yang terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaco..

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

30 Hari Paling Trending

To Top