Connect with us

Oh! Media

Mufti Pulau Pinang Minta Individu Terlibat Dalam Ajaran Kesinambungan Al-Arqam Bertaubat

Ohmedia mufti Pulau Pinang

Trending

Mufti Pulau Pinang Minta Individu Terlibat Dalam Ajaran Kesinambungan Al-Arqam Bertaubat

Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan isu kepercayaan dalam GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) yang hangat diperkatakan kini.

Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman dalam laporan Kosmo! berkata, siasatan menyeluruh dan adil akan dibuat untuk melihat sama ada ajaran dan kepercayaan GISBH benar-benar merupakan kesinambungan daripada ajaran Al-Arqam dan Rufaqa.

Ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px 3 1000x563

Ujar beliau lagi, sesiapa yang terlibat dengan fahaman dan ajaran yang berkesinambungan daripada Al-Arqam perlu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

IKLAN

Beliau meminta masyarakat turut sama membantu sesiapa yang terperangkap dalam ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam itu.

Mohd sukki othman mufti

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 31 Oktober 2006 telah bersidang untuk membincangkan mengenai usaha-usaha menghidupkan semula Arqam melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. (SRC) Dan Rangkaian Syarikat Gabungannya.

Dalam mesyuarat itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh ahli jamaah (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ohmedia mufti Pulau Pinang

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas