Connect with us

Oh! Media

Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Sebagai Kumpulan Ajaran Sesat

Untitled Design   3

Trending

Perlis Negeri Pertama Isytihar GISBH Sebagai Kumpulan Ajaran Sesat

Kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didapati mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah dan perkara itu telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Menurut laporan Harian Metro, ini menjadikan Perlis adalah negeri pertama yang isytihar organisasi itu sebagai kumpulan ajaran sesat kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Keputusan untuk memutuskan organisasi berkenaan sesat adalah selepas pihak mereka menerima bukti yang meyakinkan tentang organisasi itu.

IKLAN

Unsur ajaran batiniah berkenaan juga adalah kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang difatwakan sesat.

Setelah jawatankuasa berbincang maka perkara berikut diputuskan bahawa kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd yang mengkultuskan pemimpin mereka atau tokoh agama yang mereka percaya sehingga melampaui batasan ke tahap seakan menyamakan kedudukan pemimpin atau tokoh agama setaraf Nabi SAW atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat.

Kesan dan akibat daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama sekalipun jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

GISBH juga didapati mengikut arahan pemimpin yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Malah, mereka juga dilihat mengambil keberkatan secara melampau dari sisa tubuh badan pemimpin mereka dan mengaitkan pemimpin mereka yang dikultuskan dengan unsur yang dapat menjustifikasikan tindakan mereka yang salah dengan menggunakan nama Imam Mahdi, jelmaan Rasulullah, karamah wali, keberkatan dan seumpamanya.

Mereka juga mempercayai pemimpin mereka yang sudah mati sebenarnya masih hidup dan masih dapat memberi panduan kepada mereka.

Malah, mereka mewujudkan hukum hakam syarak yang baharu untuk menjustifikasi aktiviti mereka yang bercanggah dengan syarak hukum hakam solat, pernikahan (munakahat) dan juga muamalat.

Bukan tu jer, GISBH juga tidak mengamalkan model ekonomi Islam yang sebenar selepas jawatankuasa meneliti pengoperasian mereka.

Malah, ia bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana ia mempunyai unsur penindasan dan perhambaaan terhadap mereka yang terbabit serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan.

Oleh itu, segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu GISB Holdings Sdn Bhd adalah dilarang dan jawatankuasa ini juga mencadangkan masyarakat Islam membantu pemulihan ahli GISB Holdings Sdn Bhd yang ingin keluar dari kesesatan ini.

Peruntukan zakat juga boleh digunakan untuk pemulihan mereka seperti pembiayaan pendidikan yang betul, pembinaan semula kehidupan, perlindungan keselamatan, bantuan guaman yang mempunyai kaitan untuk pembebasan diri dari organisasi ini dan pembiayaan dakwah pemurnian akidah.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas