Connect with us

Oh! Media

Oh! Islam

Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia, Pengorbanannya Untuk Isteri Buat Ramai Sebak  

Perkhabaran duka menimpa seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Din, apabila isteri tercinta, Nur Atiqah My Yusoff, 34, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 malam tadi.  

Menerusi aplikasi WhatsApp, Cikgu Din berkongsi berita menyedihkan itu dengan ringkas tetapi penuh emosi.

IKLAN

Allahyarhamah hembuskan nafas terakhir jam 9 malam

Cikgu Din

Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi..saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya.  

Sebelum ini kisah Cikgu Din mendapat perhatian ramai apabila sanggup berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu setiap dua minggu untuk menemani isterinya yang menhidapi penyakit kanser tulang rawan tahap empat.  

Cikgu Din yang bertugas sebagai guru di Sarawak ketika itu memohon pertukaran ke Semenanjung apabila keadaan isterinya semakin kritikal.

Pernah mohon untuk bertugas di Kelantan

Cikgu Din

Selepas melakukan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Kelantan, permohonannya untuk bertugas di sekolah berhampiran Kota Bharu telah diluluskan sementara.  

Pengorbanan luar biasa Cikgu Din untuk isterinya menyentuh hati netizen dan kisah ini menjadi inspirasi kepada ramai untuk lebih menghargai insan tersayang.  

#OhmediaNasihat

Hargailah setiap detik bersama orang yang kita sayangi kerana masa tidak pernah menunggu. 

Kisah Cikgu Din mengajar kita tentang cinta yang tidak berbelah bahagi dan pengorbanan demi insan tersayang.  

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Buletin TV3


Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas