
Oh! Islam
Ini Adalah 7 Hak Isteri Yang Orang Ramai Selalu Terlepas Pandang
Oleh
Dalam perkahwinan, pasangan suami isteri perlu mengetahui mengenai peranan dan hak masing-masing ketika melayari bahtera cinta.
BACA: Tak Bayar Hutang Boleh Buat Roh ‘Tergantung’? Ini Jawapan Sebenar Dari Sudut Islam
Oleh itu, hari ini kami akan kongsikan pandangan daripada Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli mengenai tujuh hak isteri yang selalu ramai terlepas pandang.
7 hak isteri

Tempat tinggal asing dan selesa
Wajib bagi seorang suami untuk sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri. Rumah yang disediakan tersebut tidak kisah sama ada sewa atau beli, yang penting adalah selesa dan tidak dibayar oleh isteri.

Belanja utiliti rumah
Bil rumah seperti elektrik dan air merupakan nafkah yang suami perlu tanggung. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet atau bil telefon rumah kerana ia bukan keperluan.

Makan dan minum
Keperluan barang dapur adalah wajib disediakan oleh suami. Bahkan dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Ini bermaksud suami yang patut memasak dan bukannya isteri. Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai ihsan atau sedekah daripada isteri.

Pakaian yang bukan sekadar baju semata
Ramai berfikir adakah pakaian sekadar baju buat isteri sahaja? Jawapannya adalah tidak. Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami.

Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.

Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik. Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan.

Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Semoga perkongsian kali ini beri manfaat buat semua.
Kredit: Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
