Connect with us

Oh! Media

Tak Bayar Hutang Boleh Buat Roh ‘Tergantung’? Ini Jawapan Sebenar Dari Sudut Islam

Oh! Islam

Tak Bayar Hutang Boleh Buat Roh ‘Tergantung’? Ini Jawapan Sebenar Dari Sudut Islam

Sebut sahaja pasal hutang, mesti ramai yang teringat tentang hutang yang dibuat dengan pihak yang lain mahupun diri sendiri yang menjadi pemiutang.

ADVERTISEMENT

BACA: Suka Rampas Pasangan Orang Lain? Ini Hukum Yang Dicatat Dalam Hadis

Tapi, betul ke dakwaan roh orang yang tak bayar hutang ini akan ‘tergantung’ dan tidak akan naik ke langit sewaktu kematiannya? Ha, jom kita baca penjelasan seterusnya.

Hutang dan roh individu

hutang

Terdapat kisah pada zaman Rasulullah SAW di mana baginda sendiri tidak mahu menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutang.

Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya. (Riwayat at-Tabarani)

Menurut pendakwah bebas Ustaz Hadi Talhah, beliau menasihatkan agar hutang segera dilunaskan bagi mengelakkan roh seseorang ‘tergantung’ selepas kematiannya.

Maknanya, rohnya itu tidak sampai untuk diberikan rahmat oleh ALLAH SWT. Apabila seseorang itu mati, maka roh itu akan pergi ke tempat yang ALLAH rahmati dan tempat yang ALLAH tidak rahmati. Maka sebab itu, ia terawang-awang atau ‘tergantung’ hinggalah hutangnya dijelaskan oleh ahli keluarganya.

Nampaknya jawapan mengenai hal ini telah terungkai. Jadi, jangan lupa bayar hutang ye.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas