Connect with us

Oh! Media

From Niat To Wasiat. Perkhidmatan Baru Buat Pengguna Maybank Islamic

20230616 134027 0000

Oh! Islam

From Niat To Wasiat. Perkhidmatan Baru Buat Pengguna Maybank Islamic

Korang tahu tak hampir RM 70 billion harta tidak diagihkan atas sebab tiada wasiat. Banyak betul! 

Ramai dalam kalangan kita yang menganggap perkara wasiat ini adalah satu hal yang mudah. Kadang-kadang, kita beranggapan hanya dengan percakapan sudah menjadi wasiat, namun hakikatnya ia tidak sah dari segi undang-undang. 

Wasiat seharusnya ditulis dan disahkan oleh pihak bertanggungjawab. Amalan wasiat juga adalah diharuskan dalam Islam. Ia memudahkan pengagihan harta si mati tanpa ada keraguan dari pelbagai pihak. 

IKLAN

Korang mesti beranggapan bahawa proses wasiat ini mengambil masa yang lama dan juga kos yang tinggi kan? Sebenarnya, betul anggapan itu tapi kini tidak lagi dengan adanya platform baru dari Maybank Islamic. Biar min share dengan korang apa bendanya. 

Ezywasiat : Platform Terbaik Buat Pelanggan 

Baru-baru ini, Maybank Islamic telah melancarkan perkhidmatan baru buat pengguna iaitu Ezywasiat. Perkhidmatan ini adalah kolaborasi antara Maybank Islamic dengan Create Wills Sdn. Bhd. 

Maybank Islamic, Maybank, Ezywasiat, EzQurban

Ezywasiat merupakan model bantuan yang efisyen di mana korang boleh mendapatkan khidmat bantuan terus oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh Syariah atau pengurus hubungan yang akan menggabungkan algoritma faraid untuk memudahkan proses penulisan wasiat.

Tujuan utama EzyWasiat adalah untuk memberikan kelapangan minda dalam pengurusan harta dan memastikan harta tersebut diuruskan dengan betul setelah pemergian individu.

Mudah, Pantas Dan Selamat 

Bagi korang yang ingin menggunakan perkhidmatan Ezywasiat, korang hanya perlu menyediakan dokumen yang betul semasa proses dilaksanakan. Selain itu, korang perlu membuat pembayaran serendah RM600 je. Mudah kan? 

Maybank Islamic, Maybank, Ezywasiat, EzQurban

Paling menarik dalam Ezywasiat adalah proses penulisan wasiat boleh siap dalam masa 30 minit sahaja. Fuhh, betul-betul laju ni!

EzQurban Memudahkan Ibadah Qurban 

Menjelang sambutan Aidiladha, Maybank Islamic di bawah teras penyucian harta turut melancarkan perkhidmatan dalam talian iaitu EzQurban. Ia bertujuan bagi membolehkan para pelanggan merancang kewangan mereka untuk menunaikan kewajipan Qurban pada masa hadapan.

Jadi tunggu apa lagi, Maybank Islamic sudah permudahkan segala hal buat korang. Pergi ke outlet Maybank yang terdekat sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan EzyWasiat serta integrasi Faraid dalam pengurusan harta, sila layari Maybank.my/EzyWasiat atau hubungi Maybank Islamic

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Syukri Ridhwandy
Syukri, bekas penulis editorial separuh masa di Oh! Media, sentiasa berusaha memastikan setiap artikel yang dihasilkannya membawa nilai dan mengindahkan hari-hari pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas