Connect with us

Oh! Media

Penukaran Duit Raya Boleh Dibuat Di ATM Khas Maybank Dan Ambank

Fatini Thumbnail Om Article 713 × 401px 11

Oh! Geekz

Penukaran Duit Raya Boleh Dibuat Di ATM Khas Maybank Dan Ambank

Tinggal berapa hari je lagi kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Bukan setakat baju raya, kuih muih dan kelengkapan raya je yang kita kena sediakan awal, duit raya pun sama!

Beberapa bank telah menyediakan ATM Khas untuk memudahkan pengguna membuat pertukaran duit raya dengan lebih mudah.

Bank yang menyediakan ATM Khas antaranya adalah Ambank dan Maybank. Bagi Ambank pengguna hanya dibenarkan membuat penukaran RM10 sahaja. Manakala, bagi Maybank pengguna boleh menukar duit raya RM10 dan RM50. 

IKLAN

Namun penukaran duit raya hanya terhad kepada RM300 sahaja untuk setiap transaksi.

Duit

Malah, Maybank juga menawarkan alternatif lain untuk pemberian duit raya dengan menggunakan aplikasi MAE melalui e-Duit Raya.

Pengguna boleh melayari laman web rasmi Ambank dan Maybank untuk maklumat lanjut mengenai ATM Khas Raya. 

Tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah ke ATM khas Maybank atau Ambank berdekatan untuk tukar duit ya.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas