Connect with us

Oh! Media

Dayuskah Seorang Suami ‘Unboxing’ Isteri? Ini Jawapan Ustazah Asma’

Cover Photo Om 1200 X 675 15

Oh! Islam

Dayuskah Seorang Suami ‘Unboxing’ Isteri? Ini Jawapan Ustazah Asma’

Selepas Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri, penceramah bebas Ustazah Asma’ Harun pula mengulas mengenai trend yang semakin menjadi-jadi di TikTok kini.

BACA: Trend ‘Unboxing Pengantin’ Makin Menjadi-Jadi, PU Syed Beri Teguran Pedas

Menurut Ustazah Asma’, penting untuk seorang suami atau ayah mempunyai perasaan cemburu dengan isteri dan anak-anak. Perbuatan membiarkan maksiat dalam keluarga tanpa menegur atau mengubahnya dinamakan dayus sebenar.

IKLAN

Menurut Imam al-Munawi, sifat dayus (الديوث) merujuk kepada orang yang membiarkan kejahatan/maksiat dalam keluarganya, iaitu isteri dan kerabat terdekatnya.

Dalam erti kata lain, dayus juga mudah difahami sebagai seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap isteri dan anak-anaknya.

Jelas beliau, perasaan cemburu wajib ada untuk menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anak. Tanpa perasaan ini, bapa atau suami tidak rasa sensitif dan peduli dengan apa yang dilakukan mereka.

Di saat seorang suami atau bapa menyedari dan mengetahui kemungkaran yang dilakukan oleh si isteri dan anak-anak, namun masih tidak menegur dan mengubahnya. Maka inilah yang dinamakan DAYUS yang sebenar.

Akui terkejut dengan trend ‘Unboxing by Husband’, Ustazah Asma’ mempersoalkan adakah pasangan pengantin muda ini tidak ada rasa malu. Katanya, budaya berkongsi hal peribadi bukan tuntutan Islam.

271657196 3214481782167018 4403926838240799431 n

Malah, antara adab penting yang sering orang lupa adalah mendedahkan kemesraan suami isteri secara terbuka di khalayak ramai.

Jelasnya, larangan itu bukan sahaja dalam bab berpelukan atau mencium pasangan tetapi termasuk juga posting di media sosial sama ada gambar atau video bermesraan secara intim.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas