Connect with us

Oh! Media

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Makin Menjadi-Jadi, PU Syed Beri Teguran Pedas

Trending

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Makin Menjadi-Jadi, PU Syed Beri Teguran Pedas

Di media sosial, timbul trend pelik iaitu ‘unboxing pengantin’ memaparkan si suami membantu isteri membuka tudung secara perlahan-lahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita TikTok Teruk Dikecam Netizen Kerana Berhijab Tapi Nampak Dada Dan Bahu?

Masih dalam pakaian pengantin, si isteri seolah-olah berbangga merakam aksi suami menanggalkan setiap aksesori yang dipakainya di kepala.

unboxing pengantin

Trend seperti itu sudah tentu menerima kecaman dan kritikan hebat daripada orang ramai. Mereka mula mempersoalkan adakah wanita zaman sekarang sudah hilang rasa malu.

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri turut memberi teguran kepada pengantin yang tanpa segan silu melakukan trend itu.


Jelasnya, perbuatan mendedahkan aurat adalah haram apatah lagi apabila suami mendedahkan sendiri aurat isteri. Tindakan berbangga dengan content haram semata-mata untuk meraih tontonan ramai adalah sangat mengecewakan.

Kredit: Instagram pusyed_official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas