Connect with us

Oh! Media

Satu Lagi Syarikat Bagi 30 Kereta Untuk Mangsa Kebakaran Putra Heights

Ohmedia kebakaran putra heights

Oh! Gear

Satu Lagi Syarikat Bagi 30 Kereta Untuk Mangsa Kebakaran Putra Heights

JPJ tampil membantu mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights dengan menyediakan perkhidmatan percuma untuk menggantikan lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang musnah.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kaunter bergerak JPJ telah dibuka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights bagi memudahkan urusan mangsa.

Mereka hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan untuk mencetak semula semua dokumen secara percuma, bermula hari ini hingga esok.- Katanya.

BACA: Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta, Bantu Mangsa Kebakaran Putra Heights

IKLAN

Syarikat Carro bagi 30 kenderaan untuk mangsa Putra Heights…

Image

Bukan itu sahaja, syarikat penjualan kereta, Carro turut menyumbangkan 30 kenderaan yang boleh digunakan mangsa secara percuma. Pihak berkuasa juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat lain bagi menaja motosikal percuma untuk lebih 70 mangsa yang terkesan.

EXCO Selangor, Ng Sze Han, telah membuka pendaftaran bagi mereka yang memerlukan kenderaan sementara. “Kita sedang menghubungi syarikat lain supaya lebih banyak kenderaan dapat diberikan,” kata Loke.

Bantuan wang tunai RM3,000 untuk setiap keluarga…

Image

Dalam perkembangan lain, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan turut tampil menyumbangkan dana RM3,000 kepada setiap keluarga yang terjejas.

Selain itu, kerajaan terus berusaha menghubungi lebih banyak syarikat swasta untuk membantu mangsa mendapatkan sokongan yang diperlukan.

#ApaKataOhmedia

Bantuan seperti ini sememangnya sangat diperlukan oleh mangsa yang kehilangan harta benda akibat insiden ini. Diharapkan lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Bagi korang yang ingin membantu, boleh juga menyumbang melalui badan kebajikan atau NGO yang terlibat. Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Ohmedia kebakaran putra heights

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas