Connect with us

Oh! Media

Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta, Bantu Mangsa Kebakaran Putra Heights

Ohmedia chery malaysia kebakaran putra height

Oh! Gear

Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta, Bantu Mangsa Kebakaran Putra Heights

Terbaik Chery Malaysia. Letupan kuat di Putra Heights baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan penduduk, malah meninggalkan kesan besar apabila kebakaran besar memusnahkan lebih 300 bangunan.

Dengan suhu bahang api dikatakan mencecah 1,000 darjah Celsius, sebanyak 78 rumah hancur sepenuhnya, manakala 148 kereta serta 11 motosikal turut mengalami kerosakan teruk.

Dalam keadaan sukar ini, Chery Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas.

IKLAN

BACA: Kebakaran Dahsyat Gegar Putra Heights, PMX Bagi Bantuan Segera

Chery Malaysia sediakan 50 kereta untuk mangsa terjejas…

Chery Malaysia

EXCO Selangor, Ng Sze Han mengumumkan bahawa Chery Malaysia bersetuju membekalkan 50 buah kereta kepada mangsa yang memerlukan.

Bantuan ini diberikan selama sebulan bagi memudahkan urusan mereka yang kehilangan kenderaan akibat kebakaran.

Pagi ini, Chery Malaysia bersetuju untuk membekalkan 50 kereta kepada mangsa yang memerlukan selama sebulan.

Ia akan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, dan permohonan boleh dibuat melalui pejabat saya atau pejabat Preakas Sampunathan.- Katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kenderaan akan disalurkan secepat mungkin selepas proses pemilihan selesai bagi memastikan bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Nilai bantuan cecah RM500,000…

Image

Bantuan ini bukan kecil nilainya. Dianggarkan keseluruhan inisiatif ini bernilai RM500,000, menunjukkan komitmen besar Chery Malaysia dalam membantu mangsa menghadapi kesukaran selepas tragedi ini.

#ApaKataOhmedia

Inisiatif ini sekurang-kurangnya memberi sedikit kelegaan kepada mangsa yang kehilangan kenderaan dalam tragedi ini. Dalam situasi sebegini, bantuan segera seperti ini amat diperlukan.

Bagi yang terjejas, pastikan anda bertindak pantas kerana bantuan ini diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Ohmedia chery malaysia kebakaran putra height

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas