Connect with us

Oh! Media

Pengeluaran Rupa Baru Perodua Alza 2022 Ditangguhkan? Masih Ramai Tempah Alza Lama

perodua alza

Oh! Gear

Pengeluaran Rupa Baru Perodua Alza 2022 Ditangguhkan? Masih Ramai Tempah Alza Lama

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang Perodua akan menghentikan pengeluaran model MPV popular mereka, Alza pada Januari 2022. Ia dihentikan kerana Perodua dijangka akan memperkenalkan pengganti Alza lama dengan keluara Alza 2022 serba baharu.

ADVERTISEMENT

BACA: Terus Nampak Lain, Ini Dia Rupa Perodua Alza 2022?

Bagaiamanapun, memetik laporan Engear, Perodua memaklumkan akan melanjutkan pengeluaran Alza lama sehingga hujung bulan Mac atau April 2022.

Kenapa tangguhkan pengeluaran Alza 2022? Ramai tak sabar nak booking Alza 2022 ni….

Penangguhan ini diumumkan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 26 Januari 2022. Antara sebab mengapa ia ditangguhkan adalah disebabkan banjir, lockdown dan beberapa hal lain. Selepas semua hal ini dapat ditangani barulah pengganti Alza lama akan digantikan dengan model baharu dengan kod nama D27A.

Masih ramai nantikan tempahan Alza lama

Diharapkan peralihan dari model lama kepada baharu nanti akan berjalan lancar. Kami masih mempunyai kira-kira 3,200 unit tempahan Alza dan dengan segala persediaan di kilang pengeluaran, kami patut dapat menyerahkannya kepada semua pelanggan.

Inilah bukti kejayaan pengeluaran Perodua Alza. Bayangkan setakat tahun 2021, sebanyak 14,828 unit Perodua Alza telah dijual. Macam manalah sambutan Alza 2022 nanti, mesti lagi meletop!

Untuk kod D27A nanti, ia adalah jelmaan kepada Toyota Avanza baru dan Daihatsu Xenia. Perodua turut dijangka akan menggunakan enjin 1.5-liter 2NR-FE, sama dengan Myvi 2022 dengan kotak gear D-CVT.

Kredit: Engear

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas