Connect with us

Oh! Media

Terus Nampak Lain, Ini Dia Rupa Perodua Alza 2022?

Ab54db5a 929d 459e a42f aaebc6e1e12e

Oh! Gear

Terus Nampak Lain, Ini Dia Rupa Perodua Alza 2022?

Perodua yang merupakan pengeluar kereta tempatan popular akan menghentikan produksi model MPV popular mereka iaitu Alza pada Januari ini. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok macam mana rupa Alza yang baru kan?

BACA : Belum Dilancarkan, Myvi Baru Terima Tempahan Sebanyak 3,000 Unit

Menurut laporan Mekanika, perkara itu telahpun disahkan sendiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dalam satu sidang media baru-baru ini.

IKLAN

Untuk pengetahuan, model Alza telahpun berada di pasaran selama 13 tahun dan masih mampu terjual sebanyak 1,500 unit sebulan walaupun kitaran bagi sesebuah model biasanya akan ditukar serba baharu selepas lima tahun pelancaran.

Terdapat satu video yang tular di aplikasi TikTok yang dimuatnaik @yazidbistomie menunjukkan rekabentuk Perodua Alza model baru. Mungkin ini lah kot rupa dia..

@yazidbistomie #alza2022 #alzaleak #alzabaru #alzabaru2022 ♬ Warriyo Mortals – Azay DTM

Pergh! Serius terus nampak lain dan segak gila. Bagaimanapun, ianya masih belum disahkan lagi. Apapun, kita tunggu sehingga Perodua melancarkan sendiri model baru ini nanti ya.

Kredit: Mekanika | Tiktok @yazidbistomie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas