Connect with us

Oh! Media

Mitsubishi Triton 2024 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi, Tempahan Kini Dibuka

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 01t122711933

Oh! Gear

Mitsubishi Triton 2024 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi, Tempahan Kini Dibuka

Baru-baru ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan pembukaan tempahan bagi model terbaharunya Mitsubishi Triton 2024.

Menerusi laporan Careta, difahamkan, Mitsubishi Triton 2024 telah diperkenalkan pada tahun lalu di Bangkok Thailand. Ia juga merupakan generasi yang keenam.

Screenshot 2024 10 01 122540

Mitsubishi Triton ialah satu trak pikap terbaik di pasaran dan segala aspek telah dipertingkatkan untuk menaikkan semula nama Triton.

IKLAN

Triton 2024 kini dilengkapi dengan enjin terbaharu yang lebih menjimatkan minyak iaitu nadi 4N16 2.4 liter. Ia menghasilkan kuasa tertinggi  sehingga 201 hp dan 470 Nm.

Apa yang lebih menarik, Triton telah menggunakan platform ladder frame baharu, bertujuan untuk meminimumkan penambahan berat badan. Keluli dengan tegangan tinggi (1,180 MPa) digunakan untuk ladder frame terbaharu ini.

Anggaran harga yang ditawarkan bagi varian tertinggi iaitu Triton Athlete ialah RM170,000, manakala bagi varian Triton Single Cab ialah RM102,000.

Triton yang terbaharu akan ditawarkan dengan 4 varian, dan bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Untuk maklumat tempahan bagi Triton telah dibuka melalui laman web MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM).

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 01t122711933

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Careta


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas