Connect with us

Oh! Media

Kereta Bau ‘Kepam’? Cuba 5 Cara Ini Untuk Hilangkannya

Kereta Busuk

Oh! Gear

Kereta Bau ‘Kepam’? Cuba 5 Cara Ini Untuk Hilangkannya

Pemanduan mungkin akan terganggu apabila kenderaan yang korang naiki berbau ‘kepam’, dan ianya juga boleh menyebabkan rasa mual dan tidak selesa pada penumpang.

ADVERTISEMENT

BACA : Rupanya Ini Cara Paling Mudah Kurangkan Rasa Bahang Dalam Kereta, Korang Patut Cuba!

Mesti ramai yang tercari-cari bagaimana cara untuk mengatasi masalah berbau yang tidak menyenangkan dalam kereta korang tu kan? Meh sini Oh! Media nak share 5 cara yang akan menghilangkannya.

Tingkap perlu dibuka sedikit semalaman

Dengan buka sedikit tingkap kereta, ianya mampu memasukkan udara baru yang lebih segar dan secara tak langsung dapat mengeluarkan bau-bauan dari dalam kereta. 

Cuci Karpet, Fabrik Dan Pelapik But

Sekiranya beli barangan basah di pasaraya, kita akan letakkannya di but belakang dan lama-kelamaan ianya akan berbau. Bukan tu jer, karpit kereta juga boleh menjadi busuk disebabkan korang sendiri! Mana taknya, entah apa yang korang pijak dekat luar tu dan bawa masuk ke dalam kereta.

Jadi karpet, fabrik dan pelapik but juga antara punca datangnya bau yang busuk. Jangan lupa cuci ketiga-tiga benda ini ya.

Cuci Sisa Tumpahan

Sekiranya korang ternampak kesan sisa-sisa tumpahan dalam kereta, tambah lagi dekat tempat duduk, pergilah cuci dan keringkan dengan betul. Takut dia dah kepam!

Gunakan Serbuk Kopi

Rasanya semua tahu kopi boleh meneutralkan bauan dan ianya adalah cara tradisional yang sangat kerap digunakan. Cukup korang letak dalam bekas yang terbuka dan biarkan ia semalaman di dalam kereta. 

Guna baking soda

Kalau taknak gunakan serbuk kopi, korang boleh cuba dengan baking soda dan caranya mudah je. Percikkan soda di kawasan yang diamggap punca bau busuk tu datang dan biarkan semalaman. Esoknya jangan lupa pula bersihkan dengan vakuum.

Semoga apa yang kami share ini dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan didalam kereta korang. Barulah tenang nak drive tambah lagi bila menuju ke destinasi yang agak jauh.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas