Connect with us

Oh! Media

Rupanya Ini Cara Paling Mudah Kurangkan Rasa Bahang Dalam Kereta, Korang Patut Cuba!

kereta bahang

Oh! Gear

Rupanya Ini Cara Paling Mudah Kurangkan Rasa Bahang Dalam Kereta, Korang Patut Cuba!

Siapa ada kereta dan selalu terpaksa parking dekat tempat terbuka lepas tu tidak berbumbung pula, mesti tahu macam mana azabnya kena masuk dalam kereta masa panas terik. Berbahang boh!

ADVERTISEMENT

Itu belum cerita punggung kena tahan kerusi kulit yang panas, apatah lagi nak pegang stereng, memang tak la! Haha!

Cara paling mudah dan berkesan adalah dengan Flap Aircond

Mesti ada yang macam, “Haa? Apa tu flap aircond?”. Selalunya kalau kita buka aircond, kita mesti akan tutup flap aircond ni untuk pastikan udara sejuk dapat berkitar di dalam kereta saja. Kalau ada yang nak merasa udara luar ketika sedang lalu tepi pantai misalnya, kita boleh buka flap aircond untuk bawa udara luar masuk ke dalam kereta.

Jadi, untuk hilangkan bahan dalam kereta amat digalakkan untuk korang buka flap aircond ni. Apabila flap aircond dibuka, udara dari luar akan masuk melalui lubang aircond dan seterusnya mengurangkan suhu panas di dalam kereta.

Ada banyak lagi cara kurangkan bahang

Sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh lakukan untuk kurangkan rasa bahang dalam kereta ni. Antaranya, kita boleh pasang pelingdung matahari sebelum tinggalkan kereta. Cara ini paling biasa dan agak membantu untuk mengurangkan cahaya matahari dari terus masuk ke dalam kereta.

Cara seterusnya kita boleh membuka sedikit tingkap untuk memastikan udara panas dapat keluar. Tapi cara ni kami tak galakkan sangat sebab boleh undang pencuri kereta pula. Menangis tak berlagu nanti.

Apa lagi cara yang kita boleh gunakan? Korang pernah cuba buka dan tutup pintu kereta seakan mengipas tak? Ini korang kena buat sebelum masuk kereta dan perlu dilakukan beberapa kali. Penerangan logiknya, bila kita kipas-kipas dengan pintu ni, udara luar yang lebih sejuk akan masuk ke dalam kereta dan mengeluarkan udara panas.

Mesti ada yang akan kata kenapa tak pasang tinted je dekat tingkap kereta. Ya tepat sekali! Kita boleh juga pasang tinted dekat tingkap kereta dan korang kena pilih tinted yang berkualiti serta mampu halang sinaran UV. Tapi cara ni perlukan modal yang agak besar dan tak semua orang mampu. Apapun, pastikan tinted cermin kereta korang ikut panduan dari JPJ kalau taknak kena saman.

Jadi korang cubalah dulu guna cara yang paling mudah dan tak keluarkan duit pun. Orang bijak akan guna cara ‘flap aircond’ jer tau.

Kredit: Mysumber.tv

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas