Connect with us

Oh! Media

kamera

Oh! Gear

Kamera Awas (AES) Bakal Guna Di Jalan Raya Malaysia, Hadir Dengan Ciri Pengesanan Baharu

Dengar cerita kali ni kamera kesalamatan jalan raya boleh mengesan pemandu, lesen dan tahap kelajuan kenderaan?

Alamak, kena lebih berhati-hatilah memandu lepas ni…

IKLAN

Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji penggunaan kamera keselamatan jalan raya baharu dengan ciri e-Plate sebagai langkah penambahbaikan dan mengurangkan risiko kemalangan di Malaysia.

Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan berkata ciri baharu yang ada pada kamera itu dijangka berupaya mengesan pemandu, lesen kenderaan dan menangkap tahap kelajuan kenderaan, sekali gus memudahkan penguatkuasaan.

Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti dan menimbang hala tuju baharu berhubung kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS). Mungkin akan ditambah kamera ini, tetapi bukan dalam bentuk yang ada sekarang (AWAS) di tempat baharu.

Namun, ia masih dalam kajian untuk melihat siapa pengguna jalan raya yang langgar peraturan dan lesen kenderaan memandu, jadi masa depan akan ditambah lagi ciri lain pada kamera itu untuk dapat menangkap (merakam) kelajuan.

kamera

Malah, Hasbi juga berkata sedemikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) mengenai perancangan Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Bukan itu sahaja, Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) turut bertanyakan mengenai kos yang terlibat, Hasbi berkata perkara itu masih dalam peringkat penyelidikan dan kos sebenar akan diumum jika penggunaannya mendapat kelulusan pada masa depan.

Menurutnya lagi, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya di lokasi pemasangan kamera itu mencecah 99 peratus.

BACA: JPJ Bakal Laksana Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan, terutama lori membawa muatan pasir.

Kredit: BeritaHarian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • kamera
  • kamera

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas