Connect with us
jpj

Oh! Gear

JPJ Bakal Laksana Operasi Khas Besar-Besaran Kenderaan Perdagangan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan, terutama lori membawa muatan pasir, bermula minggu depan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Aedy Fadli Ramli, operasi khas itu dilaksanakan berikutan kemalangan membabitkan sebuah treler muatan batu pasir yang merempuh 14 kenderaan di Putrajaya, Rabu lalu hingga menyebabkan dua maut.

IKLAN

JPJ

Arahan dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ setiap negeri membuat operasi khas ke atas kenderaan perdagangan membawa lebihan muatan yang melanggar undang-undang serta mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya lain.

Operasi khas itu akan diketuai pengarah JPJ setiap negeri. Ibu Pejabat JPJ khususnya Bahagian Penguatkuasa turut diarah memantau operasi ini secara rapi dan mengemukakan laporan lengkap tentang operasi itu kepada Pengurusan tertinggi JPJ dan juga Kementerian Pengangkutan.

Perkara itu dikongsi sewaktu sidang media selepas operasi penguatkuasaan JPJ di Plaza Tol Awan Besar, malam tadi.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut dan tujuh lain cedera selepas sebuah treler muatan batu pasir merempuh 14 kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

JPJ

Aedy Fadli Ramli turut berkata laporan Pemeriksaan Audit Keselamatan mengenai kemalangan itu dijangka diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada Isnin depan.

Namun, perincian laporan tidak boleh didedahkan dan siasatan mendalam berhubung kemalangan sedang dijalankan JPJ selaras arahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kami baru saja terima laporan itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam minggu ini dan JPJ akan membuat siasatan.

BACA: JPJ Panggil Semula 4,255 Unit Kenderaan Melibatkan Lima Jenama Pengeluar

Terdahulu, jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah membuat hebahan panggilan balik membabitkan 4,255 unit kenderaan daripada lima jenama pengeluar.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • jpj
  • jpj

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas